Pengikut Ayah Pin fail permohonan habeas corpus
Terjemahan Dua pengikut Ayah Pin yang telah mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam, menfailkan permohonan habeas corpus dengan mendakwa penangkapan dan penahanan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dalam serbuan ke Kampung Batu 13 di Hulu Besut pada 20 Julai lalu adalah tidak sah di segi undang-undang.
Terjemahan Dua pengikut Ayah Pin yang telah mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam, menfailkan permohonan habeas corpus dengan mendakwa penangkapan dan penahanan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dalam serbuan ke Kampung Batu 13 di Hulu Besut pada 20 Julai lalu adalah tidak sah di segi undang-undang.
Permohonan tersebut, yang dilihat satu kes ujian terhadap hak orang murtad di Malaysia, difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (jenayah) lewat petang semalam.
Kerajaan negeri Terengganu dan pengarah Penjara Pengkalan Chepa telah dinamakan sebagai responden.
Pemohon Kamariah Ali (kanan), 54, dan Daud Mamat (kiri), 74, telah mengisytiharkan keluar dari Islam melalui satu pengisytiharan berkanun pada tahun 1998.
Ketika ditemui semalam, peguam mereka, Haris Mohamed Ibrahim berkata, mereka berdua tetap dengan pendirian masing-masing dan mendakwa mereka bukan lagi terletak di bawah bidangkuasa undang-undang syariah.
"Berikutan itu, mereka mendakwa telah ditangkap dan ditahan secara tidak sah oleh pihak berkuasa agama," katanya.
"Mereka juga mendakwa yang pihak berkuasa telah bertindak secar tidak rasional dan berniat jahat, dan telah melanggar hak asasi manusia," katanya.
Perayu dan 56 orang lagi ditangkap dan ditahan dalam serbuan ke perkampungan mereka yang digelar sebagai Kerajaan Langit.
Hari ini, 48 pengikut Ayah Pin dihadapkan ke Mahkamah Syariah Besut atas dakwaan melanggar fatwa dan menghina Islam.
Ayah Pin, atau Ariffin Mohammad, 65, telah diisytiharkan mengamalkan ajaran sesat dan mengancam ketenteraman awam dan kini sedang diburu pihak berkuasa. Dia telah melarikan diri selepas serbuan tersebut.
Menuntut hak
Lebih 10 tahun lalu, Daud dan Kamarian, bersama suaminya Mohamed Ya (telah meninggal dunia) dan Mad Yaacob Ismail, 52, telah dihukum penjara kerana mengamal ajaran yang bertentangan dengan Islam.
Lapan tahun kemudiannya, mereka telah didakwa atas tuduhan cuba meninggalkan Islam dan dihukum tiga tahun penjara kerana melanggar perintah mahkamah syariah sebelumnya, yang mewajibkan mereka menghadiri kelas pemulihan agama.
Ketika dalam penjara, mereka menggunakan segala ruang perundangan yang ada untuk merayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha mereka mendapatkan pengisytiharan berhubung hak seorang Islam dewasa untuk meninggalkan Islam di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga memohon pengisytihan batal dan tidak sah bagi mana-mana undang-undang atau apa-apa yang menghalang hak seorang Islam dewasa untuk meninggalkan Islam.
Mereka juga memohon pengisytiharan berhubung konsistensi antara undang-undang negeri Kelantan dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada bulan Julai tahun lalu, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan mereka selepas memutuskan bahawa mereka dibicarakan bagi kesalahan syariah sebelum mengisytiharkan meninggalkan Islam, tetapi kekal murtad.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.