Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
LRA: Liow nafi kerajaan buat pusingan-U
Diterbitkan:  Aug 12, 2017 11:46 AM
Dikemaskini: 4:21 AM

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan bahawa kerajaan telah membuat pusingan-U dalam Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA), setelah berjanji untuk menyelesaikan masalah pertukaran agama anak di bawah umur secara sebelah pihak (unilateral).

Pengkritik telah membidas kerajaan kerana menggugurkan klausa 88A - yang secara khusus menangani isu pertukaran agama anak secara sebelah pihak - daripada RUU tersebut.

Liow berkata masalah itu perlu ditangani satu persatu, dan RUU yang disemak semula itu telah menyelesaikan yang pertama, iaitu isu perceraian jika suami menukar agama.

"Banyak yang menuduh kerajaan membuat pusingan-U apabila klausa 88A digugurkan. Ia bukan begitu.

"Pindaan ini bukan hanya mengenai isu penukaran agama secara sebelah pihak, tetapi juga mengenai isu perceraian," Liow dipetik oleh The Star sebagai berkata.

"Isu penukaran agama secara sebelah pihak akan diselesaikan kemudian, kerana kita perlu menangani perlembagaan persekutuan terlebih dahulu," kata Liow kepada media selepas mesyuarat kabinet mingguan.

"Untuk menuduh kerajaan tidak mempunyai iltizam politik untuk melarang penukaran agama secara sebelah pihak adalah silap. Kita tidak berpatah balik. Malah, kita telah mengambil langkah yang besar.

"Daripada dua isu utama, kita telah dapat menyelesaikan satu daripadanya," beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS