Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahfuz: Bagaimana PAS puas hati tapi tak faham isu 1MDB?

Penduduk Permatang Pauh yang hadir ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) malam tadi mendapati pengakuan PAS baru-baru ini bahawa ia berpuas hati dengan rancangan penyelesaian hutang 1MDB sebagai melucukan.

Anggota Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menarik perhatian khalayak apabila beliau membangkitkan isu partinya 'berpuas hati' dengan penjelasan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan PAS minggu lalu.

Di tengah-tengah tawa dan sorakan khalayak, Mahfuz bertanya, "Bagaimana kita boleh berpuas hati sedangkan kita tidak faham isu 1MDB sebelum ini?"

Mahfuz ialah pemimpin veteran PAS dari Kedah yang kekal bersahabat dengan HARAPAN.

HARAPAN kini dianggotai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam ceramah itu juga, Mahfuz membidas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempertahankan penjelasan presiden 1MDB dengan kenyataan parti itu mengamalkan politik matang.

Disambut dengan ketawa hadirin dalam ceramah itu, Mahfuz berkata 'politik matang PAS' itu melegakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tambah Mahfuz walaupun memberi kemaafan memang dituntut dalam ajaran Islam namun sangat pelik untuk membenarkan perdana menteri dan menteri kewangan yang bertanggungjawab dengan 1MDB terus memimpin negara.

Penceramah lain yang turut berucap malam tadi termasuk Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (PKR), Datuk Dr Mansor Othman (PKR- Nibong Tebal), Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam), Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar) dan ketua BERSATU Pulau Pinang Marzuki Yahya.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini memulakan siasatan jenayah terhadap skandal kewangan 1MDB.

Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga membebaskan beliau daripada sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen
ADS