Seorang pengikut Ayah Pin mengaku salah
Terjemahan Seorang pengikut Ayah Pin hari ini mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Besut terhadap tuduhan menghina pihak berkuasa agama Islam Terengganu dengan melanggar fatwa yang dikeluarkan pada bulan Disember 1997 yang mengharamkan ajaran Ayah Pin.
Terjemahan Seorang pengikut Ayah Pin hari ini mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Besut terhadap tuduhan menghina pihak berkuasa agama Islam Terengganu dengan melanggar fatwa yang dikeluarkan pada bulan Disember 1997 yang mengharamkan ajaran Ayah Pin.
Berikutan itu, Hakim Wan Malik Wan Sidek memerintahkan Marianna Salim, 22, mengikuti program pemulihan agama dan berkelakuan baik di bawah pemerhatian Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Dia didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu(Takzir) 2001.
Marianna tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai kesnya.
Marianna adalah antara 21 pengikut Ayah Pin yang dihadapkan di mahkamah tersebut pagi ini. Sembilan belas orang lagi minta dibicarakan atas dakwaan yang sama. Kes mereka akan disebut semula pada 15 November depan.
Fatwa tersebut mengisytiharkan ajaran Ayah Pin yang nama sebenarnya Ariffin Mohammad sebagai sesat dan melarang sebarang bentuk ajarannya. Dia juga dianggap sebagai mengancam ketenteraman awam.
Waran tangkap turut dikeluarkan terhadap seorang lagi tertuduh, Sulaiman Abu Hassan, yang tidak hadir di mahkamah hari ini.
Tiga orang lagi minta dibicarakan atas satu lagi tuduhan tambahan di bawah Seksyen 14(b) kerana didakwa memiliki bahan-bahan yang menghina Islam.
Mereka semua ditangkap pada 2 Julai lalu di perkampungan "Kerajaan Langit' di Hulu Besut, yang telah dirobohkan pada 31 Julai lalu.
Ketika dihubungi, Pegawai Pendakwa Syariah, Mustafar Hamzah berkata seorang daripada tiga pengikut Ayah Pin itu adalah isteri keempatnya Nik Kamariah Nik Pa. Dua orang lagi ialah Sulaiman Takrib dan Wan Noriah Wan Ali.
Ikatjamin dilanjutkan
Kes mereka akan disebut semula pada 6 Disember depan. Kedua-dua tuduhan tersebut membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ikatjamin polis ke atas pengikut-pengikut Ayah Pin itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan mereka.
Dalam satu lagi perkembangan berkaitan Ahad lalu, pemilik tanah perkampungan Kerajaan Langit, menfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pentadbir tanah daerah Besut, Wan Zahari Wan Ngah, yang juga pegawai daerahnya.Che Minah ialah isteri pertama Ayah Pin.
Penolong pentadbir tanah, Mohd Iskandar Muhammad Aziz pula dinamakan sebagai responden kedua dalam permohonan prosiding komital tersebut yang difailkan oleh jiran Che Minah, Sulaiman Takrib. Anaknya, Mazlan dilaporkan mengesahkan afidavit sokongan.
Pagi ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh bagi mendengar permohonan dua pengikut Ayah Pin Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 74 sama ada undang-undang syariah masih berkuatkuasa ke atas mereka selepas mengisytiharkan keluar dari Islam.
Ketika dihubungi, peguam mereka, Haris Mohamed Ibrahim berkata mahkamah menetapkan permohonan itu didengar pada 3 Oktober ini.
Kedua-dua pernah membuat permohonan yang sama, bersama-sama dua orang lagi, termasuk suami Kamariah (foto), selepas mereka mengisytiharkan keluar dari Islam melalui satu akuan bersumpah pada tahun 1998.
Rayuan mereka kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada bulan Julai 2004.
Sementara itu, satu permohonan habeas corpus difailkan oleh Kamariah pada 27 Julai yang mendakwa penangkapan dan penahanan sewaktu serbuan pada 20 Julai lalu adalah tidak sah telah ditarik balik pada 17 Ogos lalu, tanpa kos.

