Terjemahan Seorang pengikut Ayah Pin yang menghadapi dua tuduhan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, mencabar kuasa menggubal undang-undang syariah negeri tersebut.

Sulaiman Takrib dari Kampung Batu 13, Hulu Besut, memohon pengisytiharan berhubung kesahan tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 10 dan 14 enakmen tersebut, dan mengikut Seksyen 51 prosidur pentadbiran yang berkaitan.

Dia mengemukakan permohonannya itu di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya melalui peguamnya Selasa lalu.

Permohonan itu dibuat mengikut Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan, dengan menamakan kerajaan negeri Terengganu sebagai responden tunggal.

Sulaiman minta dibicarakan terhadap tuduhan menghina pihak berkuasa agama kerana mengikut fatwa, ajaran Ayah Pin adalah palsu, sesat dan menyelewng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam dan merosakkan adikah, serta memiliki VCD yang didakwa menghina Islam mengikut, masing-masing mengikut Sekyen 10 dan Seksyen 14(b) enakmen tersebut.

Badan penggubal undang-undang

Ketika dihubungi, peguam Haris Mohamed Ibrahim berhujah, menurut Seksyen 51 Enakmen Pentadbiran Syariah Terengganu 2001, fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri itu berkuatkuasa ke atas semua orang Islam apabila ianya diwartakan.

Kesannya, tambah beliau, ialah majlis fatwa telah membuat undang-undang sesuatu yang tidak diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara.

Tarikh sebutan semula dan perbicaraan pengikut Ayah Pin, yang nama sebenarnya Ariffin Mohammd, telah ditetapkan sepanjang bulan November dan Disember ini.

Dua orang lagi yang menghadapi tuduhan yang sama ialah isteri keempat Ayah Pin, Nik Kamariah Nik Pa dan Wan Noriah Wan Ali. Kes ini akan disebut semula pada 6 Disember.

Tuduhan mengikut Seksyen 10 dan 14 enakmen tersebut membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Hanya seorang pengikut Ayah Pin yang telah mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 10 itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menetap tarikh kes perbicaraan 45 pengikut Ayah Pin yang didakwa di bawah Seksyen 10 enakmen tersebut pada 18, 19 dan 20 Disember ini.

.