30 NGO boikot majlis Suhakam kerana membantah kehadiran Dr M
Terjemahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah membangkit kemarahan kira-kira 30 badan utama bukan kerajaan (NGO) di negara ini kerana menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berucap satu sidang hak asasi manusia yang dijadualkan di Kuala Lumpur Jumaat ini.
Terjemahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah membangkit kemarahan kira-kira 30 badan utama bukan kerajaan (NGO) di negara ini kerana menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berucap satu sidang hak asasi manusia yang dijadualkan di Kuala Lumpur Jumaat ini.
NGO hak asasi manusia, Suaram, dalam satu surat terbukanya yang turut ditandatangani 29 NGO lain, berkata persidangan tersebut akan hilang kredibilitinya jika ia 'disertai seorang pemimpin yang banyak melanggar hak asasi manusia' sewaktu 22 tahun menjadi perdana menteri.
"Memandangkan Malaysia sudah 48 tahun merdeka, maka kerajaan yang memerintah hari ini mesti memikul sepenuhnya tanggungjawab terhadap setiap pelanggaran hak asasi manusia di negara ini," katanya.
Menurut Suaram lagi, kerajaan pimpinan Dr Mahathir telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang serius. Kami belum lagi pulih daripada kesannya," kata surat bantahan tersebut yang diserahkan kepada Suhakam pagi ini.
Seorang jurucakap Suhakam mengesahkan menerima surat tersebut dan memaklumkan kepada malaysiakini yang ia telahpun diserahkan kepada salah seorang pesuruhjanya, Dr Chiam Heng Keng.
Surat bantahan itu turut ditandatangani oleh NGO utama seperti Aliran, Fomca, Sisters in Islam (SIS) dan Tenaganita. Ia turut mengandungi senarai pelanggaran hak asasi manusia oleh Dr Mahathir.
Antara dakwaan terhadap Dr Mahathir ialah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutama sewaktu Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana mangsanya ditahan tanpa bicara.
"Lebih seratus rakyat Malaysia yang tidak bersalah dan cintakan keamanan, telah ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan dakwaan bahawa mereka telah diseksa, tidak pernah disiasat," kata surat tersebut.
Dr Mahathir, yang kini menjadi penasihat Proton an Petronas, dikatakan telah melakukan tekanan terhadap bidang kehakiman dan membanteras penentangan dari dalam Umno terhadapnya yang menjadi presidennya ketika itu.
Mereka turut mendakwa yang peguam negara ketika itu Tan Sri Abu Talib Othman, turut terbabit, dan kini beliau menjadi Pengerusi Suhakam. Mereka juga mendakwa, kedua-dua perlantikan itu dibuat sendiri oleh Dr Mahathir.
Mereka juga membangkitkan isu Projek Hidro Bakun yang menyebabkan 10,000 penduduk dipindahkan, sebagai satu lagi contoh pelanggaran hak asasi manusia oleh Dr Mahathir.
Begitu juga dengan pemecatan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya menjalani hukuman penjara, turut disenaraikan. Dr Mahathir, menurut mereka, patut memohon maaf kepada timbalannya itu yang kini dibebaskan.
Tiga NGO pulau persidangan
Suaram, Hakam dan Aliran juga berkata, mereka telah memaklumkan kepada Suhakam yang mereka tidak akan menghadiri Persidangan Hak Asasi Manusia dan Globalisasi itu, Jumaat ini.
"(Kami) tidak akan menghadiri persidangan tahun ini. Pada pendapat kami, jemputan kepada Dr Mahathir dibuat tanpa mengambilkira rekodnya berhubung pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan asas di Malaysia," kata Penyelaras Program Suaram, S Arutchelvan ketika dihubungi.
Bercakap bagi pihak tiga NGO tersebut, Arutchelvan berkata, surat penarikan diri itu, telah dihantar kepada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Sidang tahunan itu diadakan sempena ulangtahun keenam penubuhan Suhakam pada tahun 1999.
Dr Mahathir akan menyampaikan ucapan khas mengenai globalisasi. Selain itu, profesor dari Thailand dan United Kingdom, bekas wakil tetapi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari Malaysia dan ketua pengarah kumpulan anti-keganasan serantau, akan berucap di majlis tersebut.
Ini adalah kali kedua NGO tempatan memboikot Suhakam. Pada bulan April 2002, sejumlah 32 NGO menggantungkan urusan mereka dengan suruhanjaya itu mulai 24 April, berhubung perlantikan suruhanjaya baru, termasuk menamakan Abu Talib sebagai pengerusinya yang baru.
Tindakan itu diambil sebagai membantah reaksi tidak serius pihak kerajaan terhadap pelbagai perakuan yang dibuat oleh Suhakam, sehingga menimbulkan anggapan bahawa Suhakam ridak lebih daripada menjadi 'alat perhubungan awam'.

