Jangan nafikan hak asasi saya, kata Mahathir
Terjemahan "Adalah mereka mahu menafikan hak asasi manusia saya?"
Terjemahan "Adalah mereka mahu menafikan hak asasi manusia saya?"
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan soalan tersebut apabila ditanya mengenai tindakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah kehadirannya untuk menyampai ucapan di persidangan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jumaat ini.
Dalam suratnya kepada Suhakam Isnin lalu, 30 NGO itu menggesa suruhanjaya itu supaya menggugurkan nama Dr Mahathir dari senarai penceramah di persidangan tersebut, kerana didakwa telah melanggar hak asasi manusia ketika menjadi perdana menteri dahulu.
"Saya telah menerima jemputan daripada Suhakam dan saya menerimanya. Saya tidak akan tarik diri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Suhakam dilaporkan berkata, suruhanya itu menjemput bekas Perdana Menteri itu kerana pengetahuan mendalamnnya berhubung dengan tema tahun ini "Hak Asasi Manusia dan Globalisasi", dan tidak akan menarik balik jemputan tersebut.
Majlis tersebut diadakan untuk menyambut Hari Hak Asasi Manusia dan ulangtahun keenam penubuhan Suhakam.
Pemecatan Anwar
Tiga NGO utama Suaram, Aliran dan Hakam mengambil keputusan untuk memboikot majlis tersebut kerana mendakwa Dr Mahathir telah melakukan banyak pelanggaran hak asasi manusia.
Berikutan itu, mereka menggesa Suhakam supaya menarik balik jemputannya kepada Dr Mahathir, sambil menyebut contoh berlaknya pelanggaran hak asasi manusia apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan.
Satu lagi contoh ialah tindakan bekas perdana menteri itu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan politik pemerintah.
Dakwaan yang Dr Mahathir juga tidak mengambil berat masalah penduduk pribumi Sarawak, turut dijadikan alasan oleh NGO bahawa Dr Mahathir tidak layak berucap di majlis hak asasi manusia itu.
"Projek Ampangan Bakun merupakan satu lagi projek gajah putih Dr Mahathir. Kerajaan meneruskan pemindahan 10,000 penduduk pribumi di situ walaupun projek tersebut telah ditangguhkan sewaktu krisis kewangan pada tahun 1997," kata NGO terbabit dalam surat kepada Suhakam itu..


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.