Terjemahan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan 13 Oktober ini untuk mendengar permohonan daripada penduduk Kampung Broga di Semenyih supaya diberhentikan pembinaan loji insinerator berharga RM1.5 bilion.

Ia sudah dua kali ditangguhkan sejak difailkan pada bulan Januari.

Pada 14 Februari, penduduk terbabit telah mendapatkan perintah penangguhan sementara daripada mahkamah, yang sekaligus memberhentikan pelaksanaan sepenuhnya pembinaan loji insinerator di Broga dengan kapasiti 1,500 tan.

Projek tersebut yang bakal dilaksanakan oleh sebuah syarikat kejuruteraan raksasa Jepun, telah menimbulkan banyak kontroversi dan bantahan awam, terutama dari kalangan penduduk tempatan dan pakar serta aktivitis anti-insinerator antarabangsa.

Plantif Lee Yoke Kim, yang mewakili penduduk Broga, telah memohon penangguhan semua kes dan mengekalkan status quo tanah mereka, yang terjejas dengan projek tersebut, sehingga kes saman utama diselesaikan.

Saman utama itu difailkan pada 8 November 2003, berikutan kerajaan tidak mengumumkan butir-butir mengenai projek tersebut. Pada masa itu, penduduk sudah habis selesai untuk mendapatkan butiran tersebut melalui semua saluran pentadbiran dan politik.

Mereka mendakwa, kecuali proses pengambilalihan tanah itu diberhentikan, maka "ia akan memusnahkan perkara asas subjek dalam keseluruhan saman tersebut".

Menteri Besar Selangor, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan pengarah Jabatan Tanah dan Galian Selangor dinamakan sebagai defenden dalam saman tersebut.

Penduduk berkenaan mendakwa, para defenden telah gagal mematuhi garispanduan perancangan sedia ada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Minta jawapan segera

Mereka mendakwa bahawa pihak defenden telah cuba meneruskan pengambilalihan tanah dan pembinaan loji rawatan buangan.

Mereka juga mendakwa bahawa pihak defenden enggan menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan (dalam saman utama), tetapi telah menafilkan permohonan untuk membatalkan (saman utama) hanya atas alasan teknikal.

Penduduk Kampung Broga juga mendakwa bahawa mereka dinafikan hak mendapatkan laporan kesan alam sekitar.

Mereka juga mendakwa, telah dimaklumkan oleh pegawai Kementerian Perumahan, kecuali ada perintah mahkamah, "defenden akan terus tidak mengendahkan saman di mahkamah".

Dalam permohonan itu, penduduk telah memohon mahkamah supaya memerintahkan pihak defenden supaya menjawab segera pertanyaan yang terkandung dalam saman utama itu.

Ketika dihubungi, peguam yang mewakili penduduk terbabit, T Uma Parvathy, berkata mereka sedang berusaha untuk mendapatkan pihak mahkamah supaya menetapkan tarikh untuk mendengar saman utama itu.

Menurutnya, pihak defenden pula mahu mengetepikan saman utama itu atas alasan teknikal.

Tambah plantif

Kerajaan Selangor telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan sementara itu pada 26 Februari, manakala Pejabat Peguam Negara pada 7 Mac.

"Mereka berjaya mengetepikan perintah penangguhan sementara (sebelumnya). Saya telah memohon untuk satu lagi, tetapi pihak mahkamah merasakan tidak perlu, memandangkan tempoh masa yang pendek di antara bukan Jun dan Ogos.

"Hakim(Suriyadi Halim Omar) berkata, tidak ada keperluan kerana tiada apa yang boleh dilakukan dalam tempoh waktu singkat itu."

Saman utama itu ditetapkan untuk didengar pada 30 Jun tetapi ditangguhkan kepada 26 Ogos. Selepas itu, kata Uma, pelanggannya meminta supaya ditangguhkan kerana mereka mahu menfailkan satu lagi permohonan.

"Isu hak kelayakan (locus standi) Lee telah dibangkitkan oleh pihak defenden sebelum ini. Jadi, kami bercadang untuk memfail satu permohonan hujung bulan ini bagi menambah satu lagi nama plantif," katanya.

Loji insinerator itu dijadual beroperasi pada 2007.