Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Perjuangan aktivis reformasi mungkin terpadam jika Dr M jadi PM'

Ironi untuk mengembalikan seorang "diktator" yang mana gerakan Reformasi pernah berjuang untuk menyingkirkannya, mungkin menjadi penghalang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat kemunculan semula sebagai perdana menteri.

PKR, yang semalam gagal mencapai keputusan mengenai calon perdana menteri dalam mesyuarat biro politiknya, berkata parti itu perlu mempertimbangkan "sejarah dan prinsip perjuangan Reformasi."

Ini walaupun beberapa pemimpin PKR menyokong pencalonan Mahathir, dengan ketua whip parlimen Datuk Johari Abdul mendakwa bahawa parti itu tiada masalah untuk menerima cadangan itu jika direstui ketua umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para pemimpin PKR enggan mendedahkan sama ada mereka telah berunding dengan Anwar mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin semalam berkata kenyataan Johari itu adalah pandangan peribadinya sendiri dan bukannya parti itu.

Sebagai parti politik yang lahir daripada gerakan Reformasi, PKR perlu mempertimbangkan tentangan yang mungkin dihadapi dari pihak yang tidak puas hati.

Salah seorang aktivis Reformasi, Abdul Razak Ismail, keluar dari gerakan Otai Reformispada bulan Julai selepas Mahathir dilantik sebagai pengerusi HARAPAN.

Malah, Razak kini semakin bingung bahawa "diktator" yang dia pernah berjuang untuk disingkirkan, berpotensi dilantik sebagai calon perdana menteri pembangkang.

"Sepanjang 18 tahun berjuang, dari tahun 1998 hingga 2016, semuanya adalah mengenai Reformasi," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa kini semunya hilang begitu sahaja.

Dia menyifatkan cadangan itu seperti 'menjilat semula ludah sendiri".

"Dulu anda amat benci Mahathir, menggelarnya dengan pelbagai nama seperti 'Mahafiraun'.

"Tiba-tiba sekarang, anda menjadikannya sebagai ketua anda, memanggil 'diktator' itu kembali dan memerintah negara anda jika HARAPAN pilihan raya," katanya.

Razak berkata terdapat pandangan bahawa HARAPAN sedang menggunakan Mahathir untuk mendapatkan kuasa, tetapi sebaliknya, dia berpandangan bahawa bekas PM itu yang menggunakan pakatan pembangkang untuk agendanya sendiri.

Beliau menambah bahawa Mahathir harus dibicarakan dan bukannya dijadikan perdana menteri jika HARAPAN menawan Putrajaya.

Ahli Otai Reformis, Syed Harun Syed Yacob juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantik Mahathir sebagai perdana menteri.

Syed Harun percaya bahawa Mahathir mempunyai agenda sendiri, dan tidak semestinya komited kepada reformasi.

Salah satu sebab beliau menentang Mahathir sebagai perdana menteri sementara HARAPAN adalah kerana bekas PM itu belum meminta maaf atas perkara-perkara yang berlaku semasa pentadbirannya selama 22 tahun.

"Kami mahu dia memohon maaf, tetapi dia tidak mahu meminta maaf, sebagai contoh, untuk Operasi Lalang," katanya.

Syed Harun menambah Mahathir juga tidak dilihat melakukan secukupnya untuk membantu membebaskan Anwar - tokoh utama dalam gerakan Reformasi - dari penjara.

"Mahathir mempunyai kenalan di peringkat antarabangsa, kenapa dia tidak boleh menggunakan kuasa ini untuk membantu Anwar?" Katanya.

Sebaliknya, anggota Otai Reformis, Ronnie Liu pula percaya bahawa kerajaan yang dipimpin Mahathir akan membantu mendapatkan pengampunan bagi Anwar, dan kemudiannya dia boleh membuat kemunculan semula dalam politik, dan mungkin menjadi perdana menteri akhirnya.

"(Kami) percaya HARAPAN akan melakukan yang seperlunya.

"Kita mesti faham bahawa Anwar telah dipenjarakan dan walaupun dia keluar, tanpa pengampunan, dia tidak boleh menjadi perdana menteri negara ini.

"Dan perkara-perkara ini tidak akan tiba dalam sekelip mata, ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk melakukannya," katanya.

Liu menambah bahawa 48 jam tempoh peralihan pertama untuk sebuah negara yang tidak pernah bertukar kerajaan persekutuan adalah kritikal, dan seseorang yang berpengalaman, tegas dan ada hubungan baik mengambil tampuk pemerintahan adalah perlu.

"Saya rasa Mahathir adalah salah seorang yang sesuai (untuk memimpin)," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS