Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kanak-kanak lapan tahun dan nenek 51 tahun antara yang hadir bagi menyatakan sokongan dengan bekas kapten tentera “Dr Ganja”.

Mereka antara 20 orang yang memakai pakaian hijau di Mahkamah Majistret Klang – di mana Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 58, berdepan pertuduhan memiliki ganja.

Jika sabit kesalahan Amiruddin boleh dikenakan hukuman mati.
 

Amiruddin turut memakai baju hijau yang bertulis "Live Forever" (hidup selamanya) bersama seluar jean hitam.

Sebagai tanda terima kasih, beliau turut menunjukkan isyarat bagus kepada mereka.

Di seluruh dunia, kempen hijau melibatkan aktivis ganja digerakkan bagi menolak dadah sintetik dan beralih kepada bahan-bahan semula jadi.

Seorang bapa dikenali sebagai Razlan (bukan nama sebenar) mendakwa anak lapan tahunnya yang menghidap autisme menunjukkan peningkatan pertuturan selepas dua tahun minum “susu tetrahydrocannabinol (THC)” yang dibeli daripada Amiruddin, Mac lalu.

THC adalah antara bahan dalam ganja yang dipercayai mempunyai khasiat tertentu.

“Kami kuarantin anak kami di rumah selama dua minggu dan bagi satu sudu susu setiap pagi dan petang.

“Seminggu lepas itu, kami dapati dia bercakap menggunakan perkataan yang kami gunakannya dengannya setiap hari,” kata Razlan yang hadir bersama anaknya.

Mereka bertiga memakai baju yang mempunyai tulisan dengan mesej menuntut ganja digunakan untuk tujuan perubatan.

Berkaitan kesan sampingan pula, Razlan berkata beliau tidak nampak perkara itu, kecuali anaknya bangun setiap hari dengan keadaan dahaga dan lapar.

“Oleh sebab itu saya datang hari ini untuk beritahu orang ramai tiada masalah gunakan ganja untuk perubatan,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS