Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PPIM tolak penjelasan Proton isu 'kuota Hokkien'

Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menolak penjelasan syarikat kereta pertama negara PROTON yang menawarkan diskaun khas 10 peratus kepada Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia.

“Kalau nak bagi tawaran, bagi pada semualah barulah ada keadilan. Jadi kalau bagi kumpulan tertentu nanti orang lain ambil kesempatan.

“Kalau orang Cina, kalau dia kata keturunan mana-mana pun, tak ada dalam kad pengenalan, macam mana nak buktikan keturunan.

“PROTON beri tawaran tanpa perkiraan yang wajar, sekarang tak berapa kena.

“Kajian lebih perlu diberikan kepada tawaran-tawaran yang dibuat sebab 10 peratus itu banyak untuk kurangkan harga kereta.

“Orang lain pasti terkilan kenapa nak bagi tawaran sampai 10 peratus. Kita pun nak juga,” kata ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan.

PROTON mempertahankan dasar itu sebagai amalan biasa yang melibatkan pelanggan jualan korporat dan pembelian pukal dan fleet.

'Orang ramai marah'

Sementara itu, PPIM juga akan menyatakan bantahan mereka dalam sidang media khusus minggu depan.

“Kita memang ada cadangan dari banyak kumpulan. Kita nak buat bantahan atas tawaran (PROTON) ini. Mungkin minggu dengan.

“Bantahan kita itu akan dibuat dalam sidang media sebab ramai orang marah,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Nadzim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PROTON yang memberikan tawaran diskaun 10 peratus kepada anggota Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.

Sebelum ini langkah PROTON turut dibidas keras NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai rasis. MIC pula berkata langkah itu seolah-olah bermain “permainan kasta dan suku” serta satu diskriminasi.

PROTON ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad pada tahun ketiga pentadbiran beliau sebagai perdana menteri pada 1983 bagi memacu industri kereta Malaysia.

Bagaimanapun, kini hampir separuh daripada sahamnya dijual kepada syarikat kereta China, Geely Holdings.

Lihat Komen
ADS