Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Bukan Islam perlu undi BN untuk lindungi hak mereka

WAWANCARA I Masyarakat bukan Islam perlu mengundi BN dan bekerjasama dengan Umno bagi memastikan hak mereka terus dilindungi, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, anggota Parlimen Padang Rengas itu menegaskan gabungan parti pemerintah itu tidak pernah berkompromi terhadap hak orang bukan Islam.

"Saya rayu kepada orang bukan Islam, pertaruhan terbaik mereka adalah untuk undi MCA, MIC dan bekerjasama dengan Umno.

"Umno telah menunjukkan melalui kepimpinannya sejak zaman gabungan Parti Perikatan dan BN selepas merdeka. Tiada apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk menakutkan kalangan bukan Islam bahawa hak mereka akan dikompromikan atau diketepikan.

"Sekiranya anda bimbang ke mana hala tuju negara dan mahukan keselesaan, saya akan beritahu anda untuk memilih parti komponen kami," katanya.

Selama 19 tahun menjadi menteri kabinet, Nazri berkata beliau secara peribadi akan memastikan tidak ada undang-undang baru digubal sekiranya terdapat unsur-unsur yang menjejaskan hak orang bukan Islam.

"Saya (sebelumnya) seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dan sekarang saya menteri pelancongan dan kebudayaan.

"Saya sentiasa bekerja dengan baik dengan menteri-menteri bukan Islam yang lain untuk memastikan bahawa tidak ada akta digubal jika ia menjejaskan hak bukan Islam," katanya.

Nazri diminta mengulas persepsi bahawa pengundi bukan Melayu menolak MCA dan MIC dalam dua pilihan raya lalu kerana kegagalan mereka membantah "abang besar" dalam BN iaitu Umno.

Menegaskan Umno akan sentiasa kekal sebagai "abang besar" dalam BN, Nazri bagaimanapun menafikan parti itu "membuli" rakan-rakan komponennya.

Sebaliknya, beliau berkata ada kalanya Umno memberikan laluan terhadap wakil bukan Melayu dalam kabinet walaupun parti komponen itu hanya mempunyai satu atau dua anggota parlimen yang layak.

Nazri, menggesa pengundi bukan Islam berhenti "menghukum" parti komponen BN dan mengundi mereka untuk membentuk kerajaan yang lebih kuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.

"Mungkin MCA, MIC, mereka tidak begitu bagus dalam media sosial, dan mereka tidak tahu bagaimana untuk mengambil kredit. Saya fikir kredit harus diberikan apabila tiba masanya.

"Jika anda benar-benar bimbang hak-hak anda terjejas, saya ingin beritahu anda bahawa hanya kerajaan boleh memastikan hak bukan Islam tidak akan dikompromi," katanya.

Kami berjuang untuk Indira Gandhi, bukan DAP

Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, Nazri juga mendakwa kerajaan memperjuangkan kes Indira Gandhi, yang terlibat dalam perebutan jagaan dengan bekas suaminya yang menukarkan agama anak mereka kepada Islam.

Tetapi kerana mereka (parti komponen) bekerja dengan saya dan saya seorang peguam, saya dilatih untuk berlaku adil dan keadilan adalah nombor satu dalam fikiran saya.

Saya akan sentiasa berpihak kepada keadilan, mungkin kadang kala ia bertentangan dengan kepentingan komuniti saya.

Orang-orang seperti Indira Gandhi (gambar), bukan DAP yang berjuang untuknya, walaupun mereka boleh kata apa-apa atau menjerit dengan lantang seperti yang mereka mahu".

Bukan mereka. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Jika anda tidak berada dalam kerajaan, anda tidak boleh berbuat apa-apa. Ia adalah orang dalam kerajaan - MCA, Gerakan, MIC. Sekiranya anda mahu mengambil contoh kes Indira Gandhi, selepas 10 tahun kami berjuang dan akhirnya, mahkamah membuat keputusan yang betul.

Jadi, anda tidak perlu ucapkan terima kasih kepada DAP, tetapi anda ucapkan terima kasih kepada parti-parti ini.

Tapi sejak sebelum 2008 terdapat kenyataan dikeluarkan pemimpin Umno yang dianggap terpelajar menghina masyarakat tertentu. Mereka masih lihat MCA, MIC dan lain-lain tidak dapat membantah "abang besar" Umno. Adakah anda setuju?

Sekali lagi ini adalah kenyataannya, walaupun DAP bersatu dengan Umno, mereka akan jadi adik. Kita semua tahu dalam BN, abangnya adalah Umno, tetapi kita tak buli. Kerana seperti yang anda lihat, kami agihkan kerusi kami dengan betul.

Bagaimana kita dikatakan buli MCA, Gerakan apabila mereka sendiri membuat keputusan tidak menyertai kabinet?

Kami (Umno) jemput mereka, tetapi keputusan (tidak menyertai kabinet) dibuat semasa (bekas presiden MCA) Dr Chua Soi Lek.

Dan apabila kita jemput MCA untuk sertai semula, ada orang Melayu (penyokong Umno) yang mengatakan mengapa kita harus beri mereka jawatan? Mereka kata, "Mereka (MCA) hanya dapat tujuh kerusi parlimen tetapi tiga menteri, itu tidak adil. Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Umno kita yang tak boleh jadi menteri kabinet? "

MIC mempunyai dua menteri tetapi kemudian mereka bergaduh antara satu sama lain hingga sekarang tinggal satu. Adakah itu salah kita?

Saya fikir mereka (bukan Melayu) adalah orang yang buli Melayu dan Umno tetapi kita katakan kepada mereka (Umno) untuk diam, inilah pendirian kami.

Lihat Komen
ADS