Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sanggupkah Najib menang hanya dengan 16.5 peratus undi popular?'
Diterbitkan:  Apr 7, 2018 6:22 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

PRU14 | Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak sanggup menjadi perdana menteri yang hanya mempunyai 16.5 peratus undi popular.

Beliau mengulas peringatan Najib bahawa pemenang pilihan raya umum di negara ini berdasarkan sistem pemenang undi terbanyak (first past the post) dan bukannya undi popular, ketika mengumumkan pembubaran Parlimen semalam.

"Selepas persempadanan semula dan gerimander yang berlaku, Bersih menyatakan kerajaan boleh dipilih hanya dengan 16.5 peratus undi popular.

"Tetapi (kerajaan itu) tidak akan ada keabsahan dan kewibawaan...Adakah beliau (Najib) sedia untuk menjadi perdana menteri dengan hanya 16.5 peratus undi popular?" katanya pada sidang media di Ayer Hitam, Johor hari ini.

Pada Isnin lalu, Bersih membangkitkan jurang antara saiz kawasan Parlimen selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan semula.

Bersih mengatakan 112 kerusi parlimen paling kecil, yang kebanyakannya cenderung ke arah BN, hanya merangkumi 33 peratus (4,469,621) daripada keseluruhan pengundi.

Ini bermakna gabungan yang berjaya menang di 112 kerusi parlimen paling kecil ini dengan hanya mendapat lebih sedikit daripada separuh undi di setiapnya, atau kira-kira 16.5 peratus daripada keseluruhan pengundi, akan dapat membentuk kerajaan, kata Bersih.

Namun senario itu hanya dari segi teori kerana hampir mustahil satu pihak akan menang di setiap 112 kerusi paling kecil. Majoriti bagi setiap kerusi yang dimenangi juga berbeza.

Bagaimanapun ia menunjukkan ketidakseimbangan jumlah pengundi di setiap kerusi.

Pada PRU ke-13, BN menang 48 peratus undi popular tetapi mendapat 60 peratus jumlah kerusi di parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS