Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur terus sibuk sehari selepas pihak polis merampas wang tunai, barangan kemas dan beg tangan dari sebuah unit kondo yang dikaitkan dengan beliau.

Sekitar jam 9.30 malam tadi, empat kereta polis tiba di rumah Najib.

Menurut pegawai polis yang bertugas di luar rumah Najib, rombongan polis itu termasuklah Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) IPD Sentul, Abdul Malik Hasim.

Kira-kira 10 minit kemudian, Najib pulang ke rumahnya selepas berbuka puasa bersama ibunya Tun Rahah Mohamad Noah.

Pelajar tahfiz tragedi kebakaran

Manakala itu, sekumpulan pelajar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat dilihat meninggalkan kediaman bekas presiden Umno itu selepas hadir majlis berbuka puasa di sana.

Sekolah tahfiz itu terlibat dalam tragedi kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa pada September tahun lalu.

Pengetua sekolah berkenaan, Mohd Zahid Mahmood memberitahu media suasana di dalam rumah cukup tenang.

Ketika ditanya keadaan isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor, beliau menjawab,"semuanya seperti biasa."

Diminta penjelasan lanjut, beliau berkata," Alhamdulillah semuanya tenang. Saya juga tenang."

Ditanya pengesahan jika Rosmah berada di dalam rumah, Mohd Zahid menjawab, "Wallahualam," sebelum masuk ke kereta dan beredar dari situ.

Tidak jelas jika Rosmah mengikuti Najib yang berbuka puasa di luar rumah itu hari ini.

Sementara itu, pasukan polis dari IPD Sentul dilihat meninggalkan kawasan itu sekitar jam 11 malam tadi dan enggan mengulas kepada media.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS