PKBS buat aduan BPR terhadap Perbendaharaan M'sia Sarawak
Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Sarawak (Pkbs) telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Perbendaharaan Malaysia Sarawak berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pemberian tender.
Pkbs mendakwa, tender bernilai RM400 juta untuk tempoh dua tahun (2006-2007) bagi membekalkan makanan dan perkhidmatan lain bagi Jabatan Pendidikan Sarawak telah ditawarkan kepada syarikat yang tidak berdaftar.
Presidennya, Nawawi Ibrahim berkata mereka membantah proses pemilihan tender tersebut kerana ia boleh menjejaskan peluang ekonomi anggota persatuan.

"Kami terkejut kerana beberapa syarikat sudahpun mengetahui kejayaan penawaran tender-tender tersebut tiga minggu lepas, pada hal keputusan rasmi belum dimaklumkan."
"Ini jelas menunjukkan bahawa penawaran tender itu diatur terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kuching.
Menurut laporan Bernama, Pkbs telah membuat aduan tersebut semalam di ibupejabat BPR Sarawak.
Nawawi berkata Pkbs tidak berpuas hati dengan perbendaharaan tersebut kerana tidak memberi peluang kepada syarikat Bumiputera Sarawak menyertai projek tender dua tahun itu bagi membekalkan makanan, perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan sekitar, memotong rumput dan perkhidmatan keselamatan.
Sebaliknya, beliau mendakwa tender berkenaan ditawarkan kepada syarikat dari semenanjung yang belum lagi berdaftar di bawah Seksyen 14 Ordinan Nama-Nama Perniagaan dan Ordinan Perniagaan, Profesion dan Pelesenan Perdagangan.
Pkbs, sebuah badan Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia mempunyai lebih 30,000 anggota di Sarawak.