Rintangan terhadap penubuhan badan pemantau polis
Terjemahan Sejak pendedahan klip video seorang wanita China dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi minggu lalu, tekanan awam terhadap penubuhan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan salahlaku polis, kini semakin memuncak.
Terjemahan Sejak pendedahan klip video seorang wanita China dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi minggu lalu, tekanan awam terhadap penubuhan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan salahlaku polis, kini semakin memuncak.
Bagaimanapun, pasukan polis sangsi terhadap beberapa peruntukan dalam draf rang undang-undang penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) 2005, berdasarkan kepada apa yang dibangkitkan dalam Persidangan Perundangan Malaysia Ke-13 yang berlangsung minggu lalu.
Ketua Pusat Pengajian Penyiasatan dan Pendakwaan, Kolej Pegawai Kanan Polis Kuala Lumpur, A Paramasivam, walaupun mengalu-alukan laporan tersebut, menyifatkannya sebagai 'draconian'.
Katanya, ini kerana seseorang pegawai polis mungkin tidak tahu yang siasatan sedang dijalankan manakala keputusannya pula adalah muktamad dan tidak boleh merayu.
"Lagi pula, kategori aduan di bawah seksyen 16 (draf rang undang-undang itu) adalah kabur, terutama mengenai definasi salahlaku," katanya di sesi perbincangan penal mengenai laporan Suruhanjaya Diraja Polis yang diumum Mei lalu.
Penubuhan IPCMC adalah cadangan yang paling radikal di antara 125 perakuan yang dibuat oleh suruhanjaya diraja tersebut dalam laporan 600 mukanya selepas menjalankan kajian selama 15 bulan.
Di samping itu, kata Paramasivam lagi, IPCMC juga tidak akan terikat dengan peratuan pembuktian atau keistimewaan hubungan peguam-pelanggan.
'Bukan mahkamah'
Sambil memetik aduan terhadap budibicara pihak polis untuk mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan umum di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967, beliau berkata, ia diperlukan atas pertimbangan 'keselamatan dan operasi tertentu".
"Hanya (ketua polis daerah) yang (mempunyai maklumat atau risikan) yang tidak boleh diumumkan kepada awam," kata Paramasivam sebelum ini terkenal dengan kesungguhannya membentaras jenayah dan kegiatan kongsi gelap sewaktu menjadi ketua polis Klang.
Kuthubul Zaman Bukhari, salah seorang anggota Suruhanjaya Diraja Polis itu, mempengerusikan sesi perbincangan penal. Anggota penal tersebut ialah peguam hak asasi manusia, Ramdas Tikamdas dan pensyarah undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari.
Menjawab pandangan Paramasivam itu, Kuthubul, yang juga bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, berkata IPCMC dicadang berfungsi sebagai sebuah tribunal dan bukannya sebagai mahkamah perundangan.
Oleh itu, katanya, walaupun mereka yang terbabit masih boleh membuat rayuan melalui saluran perundangan yang lain.
"Tribunal adalah sebuah badan untuk menjalankan siasatan, mengumpul bukti dan kemudiannya membentangkan hasil siasatannya itu kepada 'pegawai terbabit' untuk mendapatkan penjelasan daripadanya. Adalah silap bagi pihak polis membandingkan prosidur tribunal itu dengan prosidur mahkamah," jelasnya ketika dihubungi.
Kuthubul juga telah memberitahu sesi perbincangan panel tersebut bahawa draf berkenaan dibuat berasaskan kepada model seperti Suruhanjaya Integriti Polis New South Wales dan Queensland di Australia serta model-model lain yang terdapat di Hong Kong dan United Kingdom.
"Mereka juga, tidak ada saluran untuk merayu dan kami dapati ia dapat berfungsi dengan baik," katanya, sambil menggesa pihak polis supaya lebih bersikap terbuka dan meneliti draf tersebut sebelum mencadangkan sebarang pindaan yang mereka rasakan perlu.
"Jika mereka (pihak polis) tidak suka dengan apa yang mereka anggap sebagai melanggar peraturan keadilan semulajadi, masih ada mahkamah untuk melindunginya. Tetapi hakikat ialah kerajaan tiada pilihan tetapi perlu menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat aduan terhadap pihak polis," katanya.
' Bercanggah dengan perlembagaan'
Seorang lagi pegawai polis yang turut serta dalam sesi perbincangan tersebut, Penguasa Razali Basri, juga berkongsi kebimbangan yang dibangkitkan oleh Paramasivam, sambil menegaskan bahawa model yang disebut oleh Kuthubul itu sama ada masih baru, masih dalam bentuk draf dan dilaksanakan di peringkat negeri, bukan di peringkat pusat.
Beliau juga bimbang kesan kebelakangan cadangan tersebut yang boleh mengakibatkan pemecatan jika yang tertuduh didapati bersalah.
"Di bawah Article 135 Perlembagaan Persekutuan, anda hanya boleh memecat jika anda yang mengambilnya bekerja. Oleh itu, draf rang undang-undang ini mengandjngi peruntukan yang jelas bercanggah dengan perlembagaan," katanya.
Ketika dihubungi semalam, bekas pengerusi Suruhanjaya Diraja Polis itu, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah menyifatkan kesangsian pihak polis itu sebagai 'tidak berasas".
Bekas Ketua Hakim Negara itu juga berkata, kejadian terbaru (klip video) itu membuktikan betapa perlunya badan bebas itu ditubuhkan.
Beliau memberi contoh tindakan pantas yang diambil oleh pihak Britain selepas seorang rakyat Brazil, Jean Charles de Menezes, 27 ditembak mati kerana disangka pengebom berani mati selepas kejadian pengeboman keretapi bawah tanah di kota London pada 7 Julai.
Suruhanjaya Bebas Aduan Terhadap Polis United Kingdom, dilaporkan terus menyiasat kejadian tersebut selepas menerima aduan daripada keluarga mangsa terbabit.
"Reaksi pantas seperti inilah yang rakyat mahu," kata Dzaiddin.
Lima jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditubuhkan selepas Suruhanjaya Diraja Polis mengumumkan laporannya.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempengerusikan salah sebuah jawatankuasa tersebut yang turut dianggotai oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan.
Ketika dihubungi, Abdul Gani berkata jawatankuasa tersebut sedang mengkaji perakuan-perakuan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.