Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

ULASAN |  Kenyataan Takiyuddin yang mewakili kerajaan Kelantan mengesahkan bahawa mereka berada dalam "kekeliruan".

Saya tak pasti sebenarnya "kekeliruan" atau alasan kerana ketidakmatangan dalam menangani krisis.

Pertama, semua pihak terutama masyarakat Orang Asli mengakui dan sedar bahawa tidak wujud istilah tanah adat untuk orang asli di dalam undang-undang tanah negeri Kelantan.


BACATanah dituntut Orang Asli milik kerajaan negeri – Takiyuddin


Itu adalah asas utama berlakunya "tuntutan" supaya kerajaan Kelantan mengiktiraf kewujudan masyarakat Orang Asli dan seterusnya mewarta, menggazet dan memasukkan beberapa kawasan dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan di dalam akta dan undang-undang tanah negeri sebagai kawasan tanah adat Orang Asli.

Tuntutan dilakukan supaya apa yang tiada dapat diadakan oleh kerajaan negeri sesuai dengan bidang kuasanya.

Hudud, qisas boleh

Takiyuddin sebagai seorang pengamal undang-undang berpengalaman yang juga mempunyai firma guaman sendiri sepatutnya faham akan keadaan ini.

Krisis atau isu ini sangat mudah difahami.

Jika undang-undang hudud dan qisas yang tidak wujud dalam undang-undang syariah negeri Kelantan sebelum ini boleh diusahakan untuk diadakan, begitu juga dengan tanah adat Orang Asli.

Itu contoh paling mudah untuk difahami.

Saya kira lebih mudah meminda akta dan undang-undang tanah Kelantan dan mengiktiraf tanah adat Orang Asli prosesnya lebih mudah daripada meminda dan mengiktiraf undang-undang hudud dan qisas kerana ianya tidak memerlukan persetujuan kerajaan pusat.

Kalaupun memerlukan persetujuan kerajaan pusat saya yakin pihak persekutuan akan memberi kerjasama penuh merealisasikannya sesuai dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Isunya adalah political will (kesungguhan politik) di pihak kerajaan Kelantan. Mahu atau tidak mahu?

Kedua, di selatan Gua Musang dalam DUN Nenggiri dan Galas terdapat tidak kurang daripada 33 perkampungan Orang Asli dalam kawasan lebih kurang 200 kilometer persegi.

Kerajaan hanya mewartakan satu kawasan rayau Orang Asli sahaja iaitu di Pos Gob.

Bagaimana pula dengan perkampungan lain yang jarak antara 1 sama lain antara 5 hingga 10 kilometer?

Jarak antara Pos Gob dengan Pos Pasik pula lebih dari 20 kilometer. Jarak 20 kilometer berjalan kaki dari Pos Pasik ke kawasan rayau adalah satu penghinaan kepada OA.

Ketiga, tanah di Lembah Sireh asalnya milik kerajaan tetapi sudah diserah milik kepada pemaju atas persetujuan pentadbiran negeri.

Hal itu (serah milik tanah kepada pemaju) boleh dilakukan. Tetapi apabila melibatkan Orang Asli, keluar berbagai alasan.

Sebab tidak menguntungkan kerajaan negerikah?

Islam mengajar kita untuk berlaku adil dalam pemerintahan terutama bila melibatkan hak.


BACA: Syarikat ladang Musang King dakwa jadi mangsa sekatan Orang Asli


Hak syarikat perladangan adalah boleh memohon mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai untuk dijadikan ladang.

Hak kerajaan negeri adalah melulus atau menolak permohonan syarikat perladangan itu.

Atas nama keadilan dalam Islam, apa hak Orang Asli?

 



MOHD FAUZI MOHD AZMI ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli (Pakatan Harapan) Kelantan dan penyelaras bersama DAP negeri.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS