Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hakim: Saya dikenakan tindakan lepas kes Indira Gandhi

Hakim Mahkamah Rayuan memberitahu persidangan undang-undang antarabangsa bahawa beliau pernah dikenakan tindakan oleh seorang hakim kanan kerana menulis penghakiman menentang dua tahun lalu dalam kes penukaran agama sepihak untuk anak M Indira Gandhi.

Datuk Hamid Sultan Abu Backer berkata beliau mempertahankan penghakimannya yang menentang keputusan tersebut.

Bagaimanapun, akibat beliau membuat penghakiman menentang itu Hamid Sultan mendakwa telah dikenakan tindakan tidak diberi dan tidak dibenarkan mendengar kes-kes berkaitan kepentingan awam dan perlembagaan.

"Sebaik sahaja penghakiman kes dikeluarkan seorang hakim kanan memanggil barisan hakim (kes ini) dan mengenakan tindakan terhadap saya serta menuduh saya melakukan aktivisme kehakiman. Malahan bukan itu sahaja, beliau memarahi saya dalam perilaku yang kurang sopan.

"Saya mempertahankan pendirian saya. Maklum balas saya kepada hakim tersebut adalah saya tidak perlu membela penghakiman saya dan saya tidak akan tunduk terhadap tindakan yang bertentangan dengan sumpah jawatan saya. Kejadian ini menjadikan hubungan renggang dengan hakim kanan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Hamid Sultan berkata akibat penghakimannya itu beliau tidak diberikan dan tidak dibenarkan mendengar kes-kes melibatkan kepentingan awam dan berkaitan dengan perlembagaan," kata hakim itu.

Hamid tidak mendedahkan nama hakim kanan yang mengenakan tindakan terhadapnya.

Hamid selanjutnya menamakan beberapa hakim yang dihormatinya dan dirasakan beliau sepatutnya dipromosikan, iaitu bekas hakim mahkamah rayuan yang kini menjadi Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS