Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Calon MCA: Balakong dikelilingi tujuh tol
Diterbitkan:  Aug 23, 2018 5:19 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

PRK BALAKONG l Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong hari ini mengingatkan penduduk bahawa kawasan itu dikelilingi oleh tujuh tol yang ‘mengepung’ mereka.

Katanya, penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tol kerana terpaksa membayar tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur.

Justeru, katanya MCA akan membawa isu pemansuhan tol ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika beliau memenangi PRK itu.

“Saya harap sangat jika kerajaan dapat mansuhkan tol seperti dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Jika tak dapat mansuh pun sekurang-kurangnya turunkan harga tol bagi meringankan beban penduduk di sini,” katanya kepada wartawan selepas berkempen di sekitar Taman Seri Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan media, Tan membidas calon Pakatan Harapan, Wong Siew Ki yang gagal menjawab isu berkaitan kegagalan pemansuhan tol oleh kerajaan seperti dalam janji manifesto.

“Wong memberitahu perkara itu perlu ditanya kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Adakah calon HARAPAN itu akan merujuk semuanya kepada menteri kKewangan dan perdana menteri?

“Saya terkejut dengan jawapan yang diberikan Wong menggunakan alasan bahawa isu tol adalah isu kerajaan persekutuan.

“Sampai bila isu seperti ini hendak ditanyakan kepada menteri,” katanya.

PRK Balakong pada 8 September ini diadakan susulan kematian ADUN penyandangnya, Eddie Ng yang yang terbunuh dalam satu nahas jalan raya.

Lihat Komen
ADS