Azmin dakwa Hisham beli kereta RM1 juta tunai
Terjemahan Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein dicabar menjelaskan bagaimana beliau mampu membayar RM1 juta tunai untuk membeli sebuah kerana buatan Amerika yang didaftarkan atas namanya.
Terjemahan Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein dicabar menjelaskan bagaimana beliau mampu membayar RM1 juta tunai untuk membeli sebuah kerana buatan Amerika yang didaftarkan atas namanya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Azmin Ali (foto), yang mendedahkan perkara itu dalam ceramahnya di Pasir Mas, Kelantan semalam, turut mencabar Hishammuddin berdebat dengannya secara terbuka.
Azmin menunjukkan kad pendaftaraan kenderaan tersebut yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang menunjukkan Hishammuddin membayar secara tunai untuk kereta Chevrolet Hummer (foto kanan).
Pemimpin PKR itu mempersoalkan bagaimana Hishamuddin dapat memahami masalah orang Melayu dan mereka yang hidup dalam kemiskinan, sekiranya beliau (Hishammuddin) sendiri hidup dalam kemewahan.
Bercakap kepada kira-kira 2,000 hadirin, Azman berkata, Hishammuddin perlu menjelaskan bagaimana beliau mampu membayar tunai bagi kereta yang berharga hampir RM1 juta, berbanding gaji menterinya.
Beliau juga berkata, rakyat tidak seharus mempercayai dakwaan Umno yang parti itu melindungi mereka yang terpinggir, sedangkan para pemimpinnya hidup dalam kemewahan.
Azmin berkata, Hishammuddin (foto) perlu membersihkan namanya sebelum para pengundi di Pengkalan Pasir keluar mengundi pagi esoknya.
"Saya mencabarnya supaya mengadakan debat terbuka dengan saya mengenai isu ini," katanya.
Sedia disiasat
Ketika ditemui di satu majlis di ibu pejabat pilihanraya PAS di Pasir Mas, Azmin berkata, beliau sedia berdepan dengan siasatan polis berhubung isu tersebut.
Beliau berkata demikian apabila diberitahu oleh pemberita yang Hishammuddin menuduhkan melanggar undang-undang dengan mendedahkan dokumen rahsia.
"Ia dokumen awam yang saya perolehi selepas membuat carian. Jika beliau kata saya melakukan kesalahan, dakwa saya di mahkamah. Tiada masalah.
"Inilah Umno, ia tidak menangani masalah sebenar tetapi mengalih perhatian rakyat kepada perkara lain," katanya.
Dua hari lalu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub juga telah mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya berdebat mengenai Dasar Ekonomi Baru.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.