story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lepas 1MDB, Clare mahu selesai urusan di S'wak

Selepas memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berkata beliau masih mempunyai "urusan yang belum selesai" di Sarawak.

Beliau berkata akan terus berkempen supaya hutan Sarawak dapat diuruskan secara teratur, serta proses yang sewajarnya bagi mereka yang terlibat dalam amalan rasuah dalam industri perkayuan di sana.

"Ia kisah yang sangat menyedihkan setakat ini, bukan begitu? [...]

"Apabila kamu sampai di Sarawak, kamu akan melihat poster yang mengatakan 'selamat datang ke tanah orang utan', 'selamat datang ke hutan tropika tertua di dunia' tetapi pada masa yang sama, walaupun mereka tahu hutan tersebut merupakan tarikan terbesar untuk negeri itu, mereka masih menebang hutan.

"Oleh itu, saya akan terus berkempen isu ini selagi masih ada pohon yang teguh berdiri," katanya ketika melancarkan bukunya "The Sarawak Report: The Inside Story of the Exposé 1MDB" di Petaling Jaya hari ini.

"Selama bertahun-tahun, saya dan orang lain telah mempersoalkan aturan kewangan di sebalik banyak syarikat besar di Sarawak dan pemberian kontrak kepada konsesi (pembalakan).

"Jadi, saya akan berkempen untuk proses yang sewajarnya serta akan terus berusaha untuk mendedahkan kebimbangan dan penyelewengan yang mengakibatkan kekayaan hutan hujan Sarawak disalurkan ke sejumlah kecil akaun bank dan bukannya memperbaiki kehidupan majoriti rakyat di Sarawak," katanya pada sidang akhbar kemudian.

Anak kelahiran Sarawak warga negara United Kingdom itu berkata, beliau telah mula mendedahkan rasuah balak di Sarawak kerana merasa terganggu dengan penebangan hutan dan pencerobohan hak asasi di negeri itu, serta mula mempersoalkan siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi tersebut.

Itulah titik tolak permulaan beliau menulis tentang isu berkenaan sekitar tahun 2010 dan segera disenaraihitamkan daripada memasuki Sarawak. Beliau berkata namanya masih diletakkan dalam senarai hitam itu.

Ditanya mengenai kurangnya tindakan terhadap rasuah kayu balak di Sarawak dan terhadap mantan ketua menteri Tun Abdul Taib Mahmud, Rewcastle-Brown berkata perkara itu cukup merisaukannya.

Menjawab soalan pemberita, beliau juga berkata kerajaan persekutuan mempunyai kewajiban moral untuk menangani masalah itu secepat mungkin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS