Tamatkan kawalan kuasa eksekutif ke atas Parlimen
Terjemahan Parlimen tidak akan dilihat mencerminkan imej integriti, keterbukaan atau ketelusan selagi ia kekal diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Abdul Samad.
Terjemahan Parlimen tidak akan dilihat mencerminkan imej integriti, keterbukaan atau ketelusan selagi ia kekal diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Abdul Samad.
Pada masa ini, katanya, Parlimen terletak di bawah JPM berdasarkan peruntukan bajetnya dan ini, di segi teknikalnya, menjadikan ia sebahagian daripada kerajaan.
Berikutan itu, Shahrir berkata, ahli-ahli Parlimen mahukan Dewan Rakyat mempunyai pentadbirannya sendiri dan bebas daripada kawalan eksekutif.
Dan misi beliau ialah mempertingkatkan lagi proses perundangan di Parlimen dan persepsi bahawa Dewan Rakyat 'adalah satu badan yang bebas daripada kuasa eksekutif, tetapi tidak terpisah terus dari umbi parti politik".
Buat permulaannya, beliau mahu Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif di segi pentadbiran dan kewangannya.
"Sebagai sebuah institusi politik yang mempunyai kuasa ke atas soal kewangannya serta dalam urusan perkhidmatan kakitangannya," katanya kepada malaysiakini dalam satu wawancara baru-baru ini. Pada masa ini, Parlimen merupakan satu jabatan di bawah JPM. ( Wawancara penuh )
Misteri pemansuhan PSA
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) 1963 pernah wujud yang membenarkan pentadbiran sendiri, pengambilan kakitangan dan urusan kewangan, tetapi ia telah dimansuhkan 13 tahun lalu dalam suasana yang dianggap misteri.
Dewan Negara yang berusaha untuk mewujudkannya semula, telah meminta kerajaan supaya menangguhkan idea melantik ketua pengarah bagi parlimen satu tindakan yang dianggap mengejutkan yang mencetuskan bantahan di dalam dan di luar dewan.
Akta itu dimansuhkan pada tahun 1992 berikutan wujudnya desas-desus berlakunya pertelagahan antara Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Tun Zahir Ismail dengan setiausaha Parlimen, tetapi misteri itu sehingga ini belum terurai.
Bagaimanapun, Shahrir yakin, jika PSA diwujudkan semula, ia akan dapat merangsangkan lagi kempen mewujudkan integriti dan membantu ke arah pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Keputusan sama ada PSA lama itu akan diwujudkan semula atau dibentangkan draf baru, dijangka diketahui apabila sidang Dewan Rakyat disambung Mac depan.
Beliau juga gembira kerana ahli-ahli Parlimen melihat PSA memainkan peranan penting untuk menyuntik integriti dan kualiti dalam proses penggubalan undang-undang di Parlimen.
"Selepas dipilih dan dibentuk atas mandat rakyat, Parlimen mesti menunaikan peranannya secara bebas, atau sekurang-kurangnya dilihat melakukannya tanpa gangguan dan pengaruh daripada kuasa eksekutif," katanya.
Menurutnya, pembaharuan dari segi struktur itu mesti seiring dengan anjakan minda yang memerlukan ahli Parlimen memikirkan semula keutamaan dan peranan mereka di dewan itu.
"Mereka mesti gembira dan puas hati menjadi ahli Parlimen biasa dan bangga kerana dapat berkhidmat kepada rakyat yang memberi mandat, sekiranya mereka menjalankan tugas dengan berkesan dan memahami peranan masing-masing.
Katanya, mereka tidak sepatutnya dipengaruhi dengan cita-cita untuk menjadi anggota kabinet.
Selain itu, menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu, garis pemisahan antara kerajaan dan ahli Parlimen pembangkang juga kini sudah kabur.
"Kini tidak wujud lagi garisan pemisahan yang jelas antara kedua belah pihak," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.