Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AG letak jawatan? 'Tak betul langsung'
Diterbitkan:  Sep 18, 2018 1:40 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Peguam Negara Tommy Thomas menafikan beliau meletakkan jawatan, sekali gus menjadi individu paling pendek menjawat jawatan itu dalam sejarah Malaysia.

Dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, beliau menafikan perkara itu.

Tak betul langsung,” katanya kepada portal berita ini.

Memetik sumber, portal berita Free Malaysia Today (FMT) sebentar tadi melaporkan beliau telah meletakkan jawatan, hanya dalam tempoh tiga bulan selepas dilantik.

Peletakan jawatan itu dilapor dibuat selepas kritikan kepada Pejabat Peguam Negara kerana menggugurkan kes dakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng merana membeli hartanah bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, berita itu ditarik balik tidak lama selepas itu.

FMT mohon maaf

Sementara itu, FMT turut memohon maaf secara terbuka terhadap Thommy susulan laporan itu.

"Berita itu berdasarkan sumber-sumber yang telah menarik balik pengesahan mereka.

"Kami oleh itu menarik balik laporan itu tanpa syarat dan memohon maaf kepada peguam negara," kata portal itu.

Lihat Komen
ADS