Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Umno bapa kepada MCA': Soi Lek kata Kit Siang putar belit kata-katanya

Bekas Presiden MCA Datuk Ser Dr Chua Soi Lek mendakwa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sengaja memutarbelitkan kata-katanya untuk mengelirukan orang ramai.

Menurut Chua, beliau tidak pernah menyatakan Umno seperti bapa kepada MCA, sebaliknya memberitahu Malaysiakini dalam satu wawancara bahawa tiada sesiapa yang terfikir untuk mempersoalkan sumber dana yang diberikan Datuk Seri Najib Razak pada 2013.

"Saya sebenarnya kata MCA menerima dana daripada (bekas) perdana menteri (Najib) ketika PRU ke-13, dan beliau ketika itu adalah pengerusi BN.

"Jadi pada masa itu tiada siapa terfikir untuk tanya wang itu dari mana, dan saya kata ia seperti jika bapa beri bantuan kewangan kepada anda, kita pasti takkan tanya ia datang dari mana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas melancarkan autobiografinya bertajuk Like Me or Hate Me: Rising from the Political Ashes di Kuala Lumpur, hari ini.

[Berita lanjut menyusul]
 

Lihat Komen
ADS