Malaysiakini
BERITA

Pemilihan PKR: Rafizi kena serang di Keningau

Annabelle Lee

Diterbitkan
Dikemaskini 3 Nov 2018, 11:22 tengahari

PEMILIHAN PKR | Pencabar timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata diserang di Keningau, Sabah tengahari tadi.

Rafizi memberitahu Malaysiakini seorang lelaki mendekatinya dari tepi dan memukul kepalanya ketika beliau sedang meninggalkan pusat pengundian sekitar jam 4 petang tadi.

"Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.

"Malah, kejadian itu berlaku di hadapan semua orang, termasuklah anggota polis.

"Saya akan membuat laporan polis terhadapnya," jelas Rafizi.

Rafizi juga mendakwa pengundian di Keningau dibatalkan kira-kira sejam sebelum ditutup menyebabkan kekecohan di kalangan anggota parti yang menunggu sejak pagi tadi.

"Mereka memutuskan untuk membatalkan pengundian pada saat akhir," dakwanya.

Ketika dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Datuk Rashid Din menafikan pengundian di Keningau telah dibatalkan.

"Ia tidak dibatalkan, ia sedang berlangsung.

"Pengundian akan terus dibuka sehingga semua orang selesai memilih," katanya kepada Malaysiakini.

Penyokong Rafizi didakwa ganas

Penyandang ketua cabang Keningau Johari Tahir yang berada di tempat kejadian mendakwa kekecohan tercetus selepas Rafizi masuk ke pusat pengundian dan 'memprovokasi' pegawai JPP yang sedang bertugas.

Johari juga mendakwa penyokong Rafizi yang memulakan kekecohan.

"Masuk di dalam pusat pengundian di dewan... telah membuat provokasi dan mempertikai pegawai JPP.

"Sehingga menimbulkan kekecohan penyokong-penyokong di luar, sekali penyokong-penyokong Rafizi membuat perbuatan yang ganas, macam memukul dinding, membaling kerusi dan memukul pintu masuk dewan tersebut sehingga pecah," katanya ketika dihubungi sambil menjelaskan beliau tidak menyasikan kejadian serangan terhadap Rafizi.

Rafizi menjelaskan beliau melibatkan diri kerana pintu ke dalam dewan itu telah disekat untuk membenarkan hanya pengundi tertentu sahaja untuk masuk.

[Baca berita penuh]

 


 


Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.