Thai beri kewarganegaraan kepada bekas komunis Malaysia
Seramai 13 orang bekas komunis dari Malaysia adalah antara 13,827 orang yang diberikan kewarganegaraan oleh kerajaan Thailand.
Menteri Dalam Negeri ACM Kongsak Wantana berkata bilangan itu yang merupakan paling banyak diluluskan untuk kewarganegaraan dalam sejarah Thailand dan dalam sesetengah kes, ia mengambil masa tiga tahun untuk diproses.
Seramai 13 orang bekas komunis dari Malaysia adalah antara 13,827 orang yang diberikan kewarganegaraan oleh kerajaan Thailand.
Menteri Dalam Negeri ACM Kongsak Wantana berkata bilangan itu yang merupakan paling banyak diluluskan untuk kewarganegaraan dalam sejarah Thailand dan dalam sesetengah kes, ia mengambil masa tiga tahun untuk diproses.
Beliau berkata pemohon yang berjaya mendapatkan kewarganeraan itu meliputi 4,272 pendatang ke Thailand dan 9,555 kanak-kanak yang dilahirkan di negara itu.
Menurut laporan Bernama, mereka yang tinggal di tanah tinggi adalah bilangan yang paling banyak iaitu 6,363 sementara yang lain iaitu 2,279 dari Vietnam, 3,175 rakyat Myanmar, 704 dari Nepal, 28 Tai Lue, 287 puak suku, 978 China (bekas tentera China dari Yunnan) dan 13 orang bekas komunis dari Malaysia.
Kongsak, bagaimanapun, tidak memberikan butir-butir mengenai pemohon itu termasuk bekas komunis dari Malaysia.
Bekas anggota Parti Komunis Malaya (CPM), termasuk setiausaha agungnya Chin Peng, yang tinggal di selatan sempadan bandar Betong, setelah parti itu mencapai perjanjian dengan kerajaan Malaysia untuk menamatkan peperangan pada 1989 dan Thailand bersetuju memberikan mereka suaka politik.
Tahun lalu, Chin Peng memohon kepada Mahkamah Tinggi Malaysia supaya dia dibenarkan pulang ke Malaysia.
Kongsak, bekas ketua tentera udara negara itu yang mengambilalih kementerian tersebut lima bulan lalu, berkata pemohonan itu melalui proses ketat dengan butir-butir diperiksa pada peringkat daerah dan wilayah sebelum penilaian akhir dibuat di Bangkok.
Permohonan untuk kewarganegaraan hendaklah menunjukkan kepada pihak berkuasa bahawa mereka tidak mengancam keselamatan negara, kata beliau.
Katanya pemberian kewarganegaraan adalah perlu untuk membantu mereka yang dinafikan kehidupan baik terutamanya bagi kanak-kanak dan belia yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pendidikan yang baik atau peluang pekerjaan.

