Tuntutan ECM Libra: Husam mahu berurusan terus dengan Khairy
Terjemahan Naib Presiden PAS, Husam Musa berkata beliau tidak akan melayan tuntutan ECM Libra supaya menarik balik kenyataannya yang didakwa telah memfitnah pengarahnya Khairy Jamaluddin, berhubung pembelian saham bernilai RM9.2 juta.
Terjemahan Naib Presiden PAS, Husam Musa berkata beliau tidak akan melayan tuntutan ECM Libra supaya menarik balik kenyataannya yang didakwa telah memfitnah pengarahnya Khairy Jamaluddin, berhubung pembelian saham bernilai RM9.2 juta.
Sebaliknya, beliau mahu berurusan terus dengan Khairy yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Husam memberitahu
malaysiakini
bahawa beliau menyedari akibat daripada keputusannya itu dan sudah bersedia untuk menghadapinya.
"Saya tidak tahu sama ada syarikat itu akan menyaman saya tetapi saya tidak akan tunduk kepada tuntutannya. Jika ini menyebabkan mereka mengambil tindakan (saman) terhadap saya, biarlah. Saya bersedia menemui mereka di mahkamah," katanya.
Dalam surat bertarikh 8 Januari, ECM Libra memberi Husam tempoh tiga hari untuk membuat kenyataan bersama mengikut syarat-syarat yang dipersetujui di mahkamah terbuka, menerbitkan penarikan balik kenyataannya, mencadangkan jumlah gantirugi dan berhenti membuat kenyataan yang serupa.
Tuntutan yang sama turut dihantar kepada Harakahdaily versi online lidah rasmi PAS ( Harakah ) yang menyiarkan kenyataan akhbar Husam itu.
Pengarang
Harakahdaily,
Zulkifli Sulong yang enggan mengulas sama ada lamanweb itu akan menjawab surat tersebut, berkata perkara itu akan dikendalikan oleh pihak parti. Ia dijangka membuat kenyataan tidak lama lagi.
"Kami hanya menyiarkan kenyataan akhbar Husam. Terpulanglah kepada beliau untuk bertindak berhubung perkara tersebut. Bagaimanapun, kini sedang mendapatkan nasihat undang-undang bagi menghadapi sebarang kemungkinan di ihak ECM Libra," kata Zulkiflicolla.
'Berkepentingan awam'
Dalam kenyataannya itu Husam mendakwa ECM Libra memainkan peranan dalam penjualan syarikat penyediaan perkhidmatan kesihatan negara, Pantai Holding Bhd kepada firma Singapura, Parkway Holdings September lalu.
"Saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Atau saya memfitnah sesiapa. Saya hanya bertanya bagaimana Khairy membeli saham itu dan mengapa kerajaan meluluskan jualan pegangannya dalam Pantai kepada sebuah firma asing, kerana ia bercanggah dengan prosidur," katanya.
Sehingga ini, katanya, tiada penjelasan dibuat sama oleh Khairy ataupun pihak kerajaan dan apa yang mahu ditekankannya ialah kerajaan mesti telus dalam isu ini kerana ia menimbulkan banyak persoalan.
Katanya, beliau akan terus membangkitkan persoalan tersebut sehinggalah mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak-pihak berkenaan.
Menurutnya, ketiadaan sebarang reaksi dari pihak kerajaan, mendedahkan sikap 'angkuh' kerajaan, terutama ketika ia sibuk bercakap mengenai ketelusan.
"Saya tidak mempunyai sebarang keyakinan terhadap kerajaan...terdapat pendedahan demi pendedahan bahawa ia terdedah kepada penyelewengan dan rasuah.
"Inilah sebabnya mengapa saya enggan mengulas isu terbaru mengenai Metramac, syarikat konsesi tol di Cheras. Desakan demi desakan telah dibuat supaya pihak kerajaan menyiasat pelbagai dakwaan mengenai berlakunya penyelewengan, tetapi sehingga ini tidak ada apa-apa," katanya.
Husam juga menyifatkan surat tuntutan ECM Libra itu sebagai satu ugutan supaya dia berhenti membuat kritikan.
Ditanya sama ada jika ECM Libra menyamannya, ia akan menjejaskan kredibiliti kepimpinannya dan partinya, Husam berkata, sebarang tindakan membangkitkan isu-isu berkepentingan awam memang ada risikonya.
"Ini adalah isu yang baik. Lagi pula, tiada jaminan yang saman itu akan berjaya. Keadaan ini bukan baru bagi saya...saya sudah tiga kali kena saman fitnah dan menang semua kes tersebut. Saya tidak tahulah kali ini...tetapi saya bersedia menghadapinya," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.