Universiti Nottingham: Tuduhan tidak adil, tidak benar
Terjemahan Universiti Nottingham di United Kingdom hari ini mengesahkan menerima rayuan daripada seorang pelajar MBA dari kampusnya di Malaysia (UNMC) berhubung'klasifikasi ijazah', yang dikatakan tiada kaitan dengan dakwaan mengenai kualiti program tersebut.
Terjemahan Universiti Nottingham di United Kingdom hari ini mengesahkan menerima rayuan daripada seorang pelajar MBA dari kampusnya di Malaysia (UNMC) berhubung'klasifikasi ijazah', yang dikatakan tiada kaitan dengan dakwaan mengenai kualiti program tersebut.
Pengarah Hal-Ehwal Awamnya, Jonathan Ray berkata, ia merupakan satu 'rayuan akademik' dan oleh itu tidak sama dengan 'aduan mengenai kualiti institusi, ataupun tentang aspek membabitkan mana-mana individu atau prestasi jabatan'.
"Mengenai rayuan akadamik yang mana (Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UNMC) Prof (Brian P) Atkin dan saya sendiri tidak tahu mengenainya apabila kami bercakap dengan anda telah diterima dan diuruskan oleh Sekolah Pengajian Perniagaan Universiti Nottingham dan Pendaftar Universiti Nottingham.
"Ia dibuat oleh seorang pelajar dan berkaitan dengan klasifikasi ijazah. Ia telah dinilai secara terperinci, tetapi menolak semua empat alasan yang dibangkitkan," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar melalui emel kepada malaysiakini hari ini.
Katanya, rayuan akademik berkait dengan anugerah akademik dan rayuan seumpama itu biasa berlaku di semua institusi pengajian tinggi di seluruh dunia.
"Rayuan akademik tidak akan dibawa kepada perhatian pegawai eksekutif kanan yang memikul tanggungjawab keseluruhan membabitkan semua fakulti dan jabatatan.
"Prof Atkin memberitahu saya dan malaysiakini dengan niat yang baik yang dia tidak tahu adanya sebarang aduan, dan saya gembira dapat memaklumkannya kepada anda.
"Saya juga gembira kerana dapat menjelaskan kedudukan rayuan akademik, selepas dihubungi anda untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.
Beliau menambah, 'aduan mengenai kegagalan komputer sewaktu peperiksaan dijalankan adalah sesuatu yang baru kepada kami di sini dan di Malaysia'.
Ray menjelaskan demikian sebagai menjawab dakwaan tetapi semuanya telah dinafikan oleh UNMC yang menimbul keraguan terhadap kualiti progaram MBA yang ditawarkan di kampus itu di Semenyih, 40km ke selatan Kuala Lumpur.
Dapatkan nasihat peguam
Bekas pensyarah, Dr Geoffrey Williams, yang membuat dakwaan tersebut berkata, beliau telah mengemukakan dokumen setebal 170 muka surat kepada Persatuan MBA (AMBA) badan pengeluar akreditasi yang memanatau pengekalan kualiti program tersebut tahun lalu.
Ray berkata, Nottingham University di Malaysia dan di UK 'menafikan dakwaan tersebut'.
"Kami telah meminta pakar perundangan di London untuk menasihatkan kami dan bertindak bagi pihak kami berhubung perkara tersebut. Pihak universiti perlu mendapatkan nasihat perundangan mengenai unsur-unsur fitnah dalam dakwaan tersebut.
"Dakwaan dalam laporan malaysiakini itu adalah tidak adil, tidak benar dan merosakkan, dan akan mencabarnya setiapkali ia diulangi.
"Cerita ini telah disampaikan dengan niat untuk memalukan institusi, sedangkan ianya merupakn satu luahan rasa tidak puas hati dan pandangan peribadi seorang bekas kakitangan.
"Saya berterima kasih terhadap artikel kedua malaysia (yang disiarkan) dengan niat untuk memberi keseimbangan, tetapi terperanjat dengan ketidakadilan dalam (artikel) ketiga".
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan ketidakadilan itu.
Dalam kenyataannya itu, Ray mengaku bahawa batas geografi dan perbezaan masa antara Malaysia dan UK, telah menyebabkan berlakunya kelewatan untuk memberi jawapan dengan segera.
"Saya faham yang para wartwan telah diarah ke beberapa lokasi dan menemui berlainan orang di UK dan Malaysia, dan perbezaan waktu juga telah menyukar untuk mendapat komen atau pengesahan dengan segera.
"Saya harap, dengan penjelasan ini, malaysiakini akan menyatakan dengan jelas pendirian kami, dan liputan seterusnya dibuat dengan adil dan seimbang, dan saya, sentiasa bersedia membantu."
(Malaysiakini telah menghubungi UNMC, AMBA dan Nottingham UK sejak awal Januari melalui telefon dan emel untuk ditemubual. Tiada jawapan yang diterima sehinggalah jawapan dari Prof Atkin diterima pada 25 Januari. Penafiannya terus disiarkan).
Pertanyaan masa depan
Katanya, semua pertanyaan pada masa depan mengenai universiti tersebut hendaklah diajukan kepadanya 'bagi memastikan ianya konsisten'.
Ray berkata, beliau akan berusaha untuk memberi jawapan yang penuh pada kadar yang segera bagi mengelak dakwaan seterusnya yang boleh menjejaskan nama baik universiti tersebut.
Merujuk kepada dakwaan Williams bahawa kekurangan tenaga pengajar kerana ramai yang berhenti dari Sekolah Pengajian Perniagaan, telah menjejaskan kualiti program MBA di situ, Ray berkata 'ini tidak adil dan tidak benar'.
"Sekarang dan pada bila-bila masa pun, nisbah yang tinggi tengaga pengajar dari UK/Barat mengajar MBA di kampus Malaysia dan program ijazah yang lain, dan tidak timbul langsung sebarang 'keraguan' mengenai akreditasi kualiti MBA di kampus Malaysia.
"Isnin ini, Sekolah Pengajian Perniagaan Universiti Nottingham akan disenaraikan dalam ranking Financial Times World 100 MBA bagi kursus yang dijalankan dan kualitinya. Kursus di Malaysia juga setaraf dengan jaminan kualiti dan akreditasinya."
Sambil menafikan rasa tidak puashati Williams' berhubung penilaian MBA, beliau berkata, proses di Malaysia "amat ketat dan kami tidak berkongsi pandangannya'.
"Kertas peperiksaan diperiksa dua kali di Malaysia, dan sekali lagi di Nottingham, dan kemudiannya dihantar kepada pemeriksa luar. Ini tahap penilaian yang tinggi berbanding daengan banyak institusi yang lain," katanya sambil menambah standard (program MBA) di Malaysia adalah setaraf dengan di UK.
"Kami ingin mengulangi Program MBA di Malaysia telah menerima akreditasi tanpa sebarang syarat baru-baru ini. Ini sekaligus menolak anggapan negatif seorang bekas kakitangan yang tidak puas hati."
Ray juga menyifatkan dakwaan bahawa ramai pensyarah Britaish telah berhenti sebagai "sangat tidak adil".
"Kami telah mengambil kakitangan yang berkelayakan tinggi bila ada kakitangan berhenti. Seorang bersara."
Katanya, Williams meletakkan jawatan dan mengamcam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Nottingham.
Beliau mendakwa, Williams dengan jelas mempunyai agenda untuk mengguna media untuk meluahkan rasa tidak puashatinya itu.
Ray mengesahkan peletakan jawatan prof madya pemasaran dan strategi serta pengarah halehwal luar, Dr John Zinkin, tetapi mengatakan beliau (Zinkin) dilantik melalui syarikatnya sendiri.
"Beliau tidak diambil bekerja secara langsung oleh Universiti Nottingham. Syarikatnya mahu berunding untuk melanjut tempoh perkhidmatanya. Dr Zinkin memilih meneruskan kerjayanya di tempat lain pula, atas alasan perniagaannya.
"Jabatan ini kini diketuai oleh seorang ahli akademik terkemuka dari Eropah, bersama kakitangan Nottingham, untuk membantu ahli-ahli dari Nottingham UK yang sedia ada."
Penggantian kakitangan
Katanya, kakitangan pengganti termasuklah mereka yang berkelayakan tinggi dan berkemampuan dari Monash (Malaysia) dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Mengenai surat Williams yang menggesa pelajar supaya menfailkan aduan terhadap kualiti MBA tempatan, Ray berkata, 'dakwaan itu salah, dan merupakan tindakan sebelah pihak sahaja.
"Sebaik sahaja mendapat tahu mengenainya, Ketua Sekolah Pengajian Pernigaan Universiti Nottingham telah menulus surat kepada semua pelajar di Malaysia, menyatakan tidak berlaku seperti apa yang didakwa oleh Dr Williams.
"Dakwaanya, jelas terbukti tidak betul apabila kami berjaya mendapatkan akreditaqsi, dan Sekolah Pengajian Perniagaan telah memberi jaminan kepada para pelajar bahawa kebimbangan Dr Williams adalah tidak berasas."
Mengenai akreditasi AMBA, Ray berkata tiada syarat dan keperluan yang dikenakan terhadap MBA Malaysia.
"Akreditasi berjalan lancar, akreditasi secara lisan telahpn diberikan. Laporan bertulis sepenuhnya belum lagi diterbitkan tetapi AMBA memaklumkan kepada kita yang ia akan diperolehi tidak lama lagi."
Pada masa depan, katanya, MBA Malaysia tidak akan dinilai secara berasingan.
Katanya, ada beberapa perakuan kecil dibuat tetapi menegaskan yang ia merupakan satu amalan biasa bagi mana-mana badan pemantau di mana-mana sektor.
Bagaimanapun, katanya, ia bukan merupakan syarat dan keperluan yang dikenakan.
Katanya, MBA Malaysia diberi akreditasi dengan persefahaman yang ianya akan disemak semula dua tahun kemudiannya sepertimana yang diamalkan dalam industri tersebut.
"Ekoran semakan semula itu, MBA Malaysia sekali dipantau, dan baru-baru ini diberi akreditasi penuh. Pengesahan ini berjalan selari dengan Sekolah Nottingham UK, yang mempunyai tiga tahun untuk menggunakan akreditasinya sekarang."
Dalam tempoh tiga tahun, kata Raya, kedua-dua program MBAs akan dinilai sebagai satu dan oleh itu menghapuskan sebarang keraguan terhadap kesahan MBA Malaysia. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.