Paling Popular
Terkini
story images
story images

Bekas perdana menteri Najib Razak akan mencabar dua saman pelucutanhakan yang difailkan oleh kerajaan dan polis terhadapnya dan beberapa individu yang lain.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dalam berkata demikian, mendakwa bahawa pemfailan saman itu "terburu-buru" dan tidak adil kepada anak guamnya.

"Kami akan lawan dan mencabarnya (saman itu), saya tidak fikir mereka boleh lakukannya," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang ini.

Terdahulu hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 buah buah kereta yang dirampas dari Najib, isterinya Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat.

Barangan berkenaan dikatakan bernilai RM711 juta.

Pendakwa Raya menamakan Najib sebagai responden pertama diikuti Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Ng Chong Hwa, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden kedua hingga ke-18.

Pendakwa Raya juga memohon perintah lain yang difikirkan adil, munasabah oleh mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS