Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PSM beri amaran risiko terima 'drone tentera percuma' AS
Diterbitkan:  Jun 8, 2019 1:44 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

PSM hari ini mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan berhubung potensi risiko pemerolehan 12 drone atau pesawat tanpa pemandu (UAV) ScanEagle dari kerajaan Amerika Syarikat tanpa melibatkan sebarang kos kepada negara.

Dalam satu kenyataan media, anggota jawatankuasa pusat PSM, S Arutchelvan, berkata bahawa dengan menerima drone itu, seolah-olah Malaysia berkompromi dengan agenda imperialis Amerika.

“Tindakan menerima 12 drone dari AS secara percuma oleh PH sebenarnya adalah lebih merbahaya dari pelantikan Latheefa Koya (sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru).

“Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat harus menjadi pemimpin bagi negara-negara berkecuali dan tidak memihak kepada kuasa-kuasa besar yang memang mempunyai agenda mereka sendiri. Tindakan AS memberikan drone dengan percuma dengan sendirinya mewujudkan prasangka memandangkan idelogi Trump adalah ‘American First’.

“[...] Dengan menerima drone dari AS, seolah-olah Malaysia sudah berkompromi dengan agenda imperialis AS,” katanya.

Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan bahawa melalui program Maritime Security Initiative (MSI) kerajaan telah memperoleh pesawat bernilai RM80 yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan AS.

Selain Malaysia, yang memperoleh 12 unit, beberapa negara lain yang berada di rantau Laut China Selatan turut terlibat program berkenaan. Mereka termasuk Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Mengulas lanjut, Arutchelvan berkata, kerajaan PH seharus menjadikan rantau Asia Tenggara bebas dari campurtangan kuasa besar dunia.

Drone berkenaan adalah pesawat Tanpa Pemandu (UAV) ScanEagle yang dihasilkan oleh subsidiari Boeing, Insitu Inc.

Menurut laman The Defence Post, pesawat berkenaan mempunyai kebolehan untuk terbang selama 20 jam dan boleh digunakan untuk misi risikan, peninjauan dan pemantauan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS