16 pertubuhan desak kjaan kembalikan subsidi minyak
Terjemahan Kembalikan semula subsidi minyak seperti sebelum 28 Februari. Itulah tuntutan sekumpulan 16 pertubuhan yang diketuai oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kepada kerajaan.
Terjemahan Kembalikan semula subsidi minyak seperti sebelum 28 Februari. Itulah tuntutan sekumpulan 16 pertubuhan yang diketuai oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kepada kerajaan.
Dan mereka mahu kerajaan melakukannnya segera. Desakan tersebut diputuskan dalam mesyuarat antara lebih 20 wakil persatuan penduduk, kumpulan aktivis masyarakat, parti-parti politik dan kongres kesatuan sekerja itu semalam.
Minggu lalu, MTUC mengkritik sikap 'sombong' kerajaan ketika cuba menjelaskan pengurangan subsidi minyak itu, kerana menurut kongres berkenaan, langkah tersebut akan membebankan golongan pekerja, terutama yang menerima gaji yang sama setiap bulan.
Sambil menekankan kesan-kesan susulan daripada kenaikan harga minyak itu yang kelima dalam tempoh dua tahun pertubuhan masyarakat sivil berganding bahu dengan pertubuhan sekerja untuk mendesak kerajaan, antara lain, memberi bayaran minima RM150 sebagai elaun hidup.
Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, yang mempengerusi mesyuarat selama dua jam itu, berkata masyarakat akar umbi tidak bersetuju dengan keputusan sebelah pihak kerajaan, untuk menaikkan lagi harga minyak.
"Kami kecewa dengan langkah tersebut yang mengakibatkan kenaikan 40 peratus harga petrol dan 102 peratus harga diesel," katanya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya.
Manakala pekerja pula, tambahnya, tidak akan memperolehi kenaikan gaji seumpama itu dan sekadar'mengharap' walaupun jika mereka menunggu selama tiga tahun mengikut tempoh perjanjian bersama.
Jejas kualiti hidup
Katanya, pemberian subsidi adalah menjadi tugas kerajaan untuk menjaga kesejahteraan dan kebaikan rakyat.
"Apa salahnya memberi subsidi jika ia memberi faedah kepada rakyat? Malah, kerajaan di Eropah pun memberi subsidi untuk pelbagai sektor," tambahnya.
Sambil merujuk kepada Rancangan Malaysia ke-8, Syed Shahir berkata, 43 peratus isirumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 manakala 58 peratus lagi berpendapatan RM2,000 ataupun kurang.
Katanya, kenaikan harga minyak itu telah memburukkan lagi kualiti hidup kira-kira dua juta keluarga golongan pekerja atau kira-kira 10 hingga 14 juta orang yang akan terjejas teruk.
MTUC sedang menyiapkan memorandum yang menggariskan kesan-kesan langsung akibat kenaikan harga minyak terhadap kehidupan harian rakyat biasa, bersama perakuan-perakuan untuk mengurangkan beban kewangan mereka serta menghapuskan ketaksamaan pendapatan yang semakin melebar.
"Kita akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri di Parlimen pada 27 April. Kita juga akan menganjurkan perhimpunan rakyat di KLCC pada 26 Mac untuk menjelaskan kesan-kesan akibat kenaikan harga minyak," katanya.
Memorandum tersebut, kata Syed Shahir, mempersoalkan rasional untuk memindahkan beban kewangan kepada rakyat. Berita asal

