Waythamoorthy tubuhkan parti baru untuk orang India
Diterbitkan: Jul 16, 2019 1:09 PM
Menteri perpaduan P Waythamoorthy mengumumkan pembentukan parti baru untuk memperjuangkan kepentingan kaum India.
Katanya, Malaysian Advancement Party (MAP) telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“Sebagai gerakan rakyat, parti ini akan memainkan peranan penting mengembalikan harapan dan peluang bawah kerajaan Pakatan Harapan supaya masyarakat India Malaysia diwakili secara berkesan,” katanya.
Bagi memimpin parti itu, Waythamoorthy akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Hindraf.
Pengerusi baru kumpulan itu akan dilantik melalui satu mesyuarat agung khas (AGM), katanya lagi.

