Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes Teoh Beng Hock: NGO lapor polis terhadap pegawai SPRM

Teoh Beng Hock Trust For Democracy (TBH Trust) membuat laporan polis agar sepuluh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat dan didakwa atas kematiannya sepuluh tahun lalu.

Sepuluh pegawai itu dinamakan atas sejumlah kesalahan dalam laporan polis itu.

"Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador perlu menyiasat mereka atas kesalahan membunuh atau homisid salah, konspirasi jenayah, subahat untuk menutup perkara itu, serta pemalsuan dan pemusnahan bukti.

"Bulan lalu, kami dan keluarga Teoh amat kecewa kerana polis (memutuskan) untuk menyiasat kes itu mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan atas penahanan secara salah," kata pengerusi TBH Trust Ng Yap Hwa di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun menurut Ng, Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu keluarga Teoh bahawa ia tidak menghalang polis untuk menyiasat kematiannya mengikut undang-undang lain.

"Hari ini kita bawa semua bukti kepada polis," katanya lagi.

Katanya, polis sepatutnya tidak memerlukan masa lebih 20 bulan untuk menyiasat, bermula daripada pengumuman kerajaan pada Jun 2018 untuk membuka semula siasatan kes itu.

Pada 2009, Teoh ditemui mati ketika dalam tahanan untuk soal siasat di ibu pejabat SPRM Selangor ketika itu di Shah Alam.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan terbuka (open verdict) mahkamah koroner dan memutuskan pegawai SPRM telah melakukan kesalahan.

Bagaimanapun tiada pegawai yang terbabit yang didakwa setakat ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS