‘Bagaimana IPCMC akan urus aduan pada IGP, ketua JIPS?’
Kumpulan Tindakan Masyarakat Mengenai Kehilangan Paksaan (Caged) bimbang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah laku (IPCMC) tidak membuahkan hasil.
Caged menyifatkan pemilihan ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Zamri Yahya dalam pasukan khas bagi menyiasat kehilangan Paderi Rahmond Koh dan aktivis Perlis Amri Che Mat mempunyai konflik kepentingan.
"Kami (Caged) juga telah mengadu secara umum agar Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador mengeluarkan Zamri dari Pasukan Petugas Khas atas konflik kepentingannya.
"Hanya pihak yang tidak waras percaya bahawa polis telah menyiasat secara adil berkenaan perkara ini,” kata Caged.
Lapan bulan lalu, kata kumpulan itu, polis pihak polis yang bertanggungjawab terhadap JIPS sedar akan kemungkinan dakwaan salah laku terhadap ramai pegawainya sendiri.

