TNB Kemuka Semakan Cadangan Kenaikan Tarif Tenaga
Syarikat gergasi kemudahan awam, Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan semakan cadangan kenaikan tarif tenaga kepada kerajaan minggu lepas.
Syarikat gergasi kemudahan awam, Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan semakan cadangan kenaikan tarif tenaga kepada kerajaan minggu lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Che Khalib Mohamed Noh, berkata TNB telah mengemukakan cadangan itu dan menyerahkannya kepada kerajaan untuk membuat keputusan.
"Kita tidak tahu bila ia akan diluluskan. Saya rasa kerajaan ada banyak isu lain untuk ditangani buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas pembentangan korporat pada Persidangan Invest Malaysia 2006 di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini Kabinet telah meminta cadangan TNB untuk menaikkan tarif tenaga elektrik sebanyak 10 peratus itu disemak semula agar ia mengambil kira kepentingan rakyat berpendapatan rendah dan sektor perindustrian yang menggunakan banyak tenaga elektrik.
Menurut laporan Bernama, TNB juga diminta mengkaji kemungkinan menaikkan tarif hanya bagi pngguna yang menggunakan tenaga elektrik lebih daripada 200 jam kilowat sebulan dan tidak mengambil penggunaan sehingga 100 jam kilowat sebulan sebagai titik potongan.
TNB telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan tarif tenaga elektrik sebanyak 10 peratus tahun ini.
Syarikat itu dikatakan memohon untuk menaikkan tarif kerana ia dibebani hutang yang semakin meningkat, iaitu melebihi RM30 bilion serta kos kendalian yang lebih tinggi akibat kenaikan harga bahan

