Tangani masalah siswazah menggangur
Pembangunan modal insan merupakan salah satu daripada teras utama Ranc
angan Malaysia Kesembilan (RMK9). Dianggarkan 1.1 juta pekerjaan baru akan diwujudkan sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Pembangunan modal insan merupakan salah satu daripada teras utama Ranc
angan Malaysia Kesembilan (RMK9). Dianggarkan 1.1 juta pekerjaan baru akan diwujudkan sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Daripada jumlah itu 400,000 pekerjaan memerlukan kelayakan lepasan pengajian tinggi iaitu sekurang-kurangnya sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.
Bagaimanapun peluang pekerjaan itu mungkin tidak mencukupi kerana dianggarkan 250,000 lepasan pusat pengajian tinggi awam dan swasta memasuki pasaran buruh setiap tahun sepanjang tempoh RMK9.
Ini bermakna kira-kira dua pertiga atau 66 peratus graduan terpaksa menggangur.
Bagi menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan itu, RMK9 akan mengambil pelbagai langkah termasuk program latihan dan latihan semula bagi mengurangkan situasi tidak sepadan antara kelayakan dengan keperluan pekerjaan.
Kerajaan juga akan mengurangkan pengambilan pekerja asing selaras dengan dasar menukar operasi berintensif buruh kepada penggunaan teknologi tinggi dalam sektor pembuatan.
Dengan berkurangnya pekerja asing diharapkan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan untuk rakyat tempatan selain mengurangkan aliran tukaran asing ke luar negara.
Oleh itu pekerja tempatan khususnya para graduan perlu mengubah sikap dan tidak terlalu memilih pekerjaan.
Kadar pengangguran
Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) tenaga buruh negara berkembang pada kadar 11.3 juta pada tahun 2005. Sepanjang tempoh itu, mutu tenaga buruh telah meningkat selaras dengan taraf pendidikan yang semakin tinggi.
Kadar pengangguran pada tahun 2005 pula hanya 3.5 peratus. Kekurangan pekerja terutamanya pekerja kurang mahir menyebabkan meningkatnya pengambilan pekerja asing dengan 1.7 juta permit pekerjaan dikeluarkan sehingga kini. Jumlah profesional dan pegawai asing pula mencecah 35,480 orang.
Dalam RMK9 ini permintaan untuk pekerja berkelulusan tinggi yang terdiri daripada pagawai kanan, pengurus, juruteknik dan pembantu profesional dijangka meningkat pada kadar 2.5 peratus. Permintaan untuk pekerja profesional pula dianggarkan sebanyak 97,500 orang.
RMK9 juga akan memberi tumpuan pada usaha melahirkan modal insan holistik iaitu pekerja yang mempunyai ilmu, kemahiran, sikap progresif dan beretika tinggi.
Langkah-langkah juga akan diambil untuk meningkatkan kerja-kerja inovasi, perkongsian bijak, kerjasama dalam bidang pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Penyertaan lebih luas sektor swasta dalam penyediaan pendidikan dan latihan bermutu tinggi akan juga digalakkan.
Program latihan dan pendidikan sepanjang RMK9 juga bermatlamat untuk melahirkan "rakyat yang berketerampilan dan berwawasan" bagi menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan.

