Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siti Mariah tak dapat tempat di Amanah Puchong
Diterbitkan:  Oct 20, 2019 12:18 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Ketua Wanita Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud, tidak mendapat tempat dalam kepemimpinan parti itu di kawasan Puchong apabila tidak dicalonkan untuk pemilihan parti itu yang berlangsung malam tadi.

Adun Seri Serdang itu berjaya mendapat tempat dalam pemilihan diadakan kawasan terbabit pada 8 Sept lalu.

Bagaimanapun atas sebab teknikal, kawasan itu - serta lebih 80 kawasan lain - perlu mengadakan semula pemilihan parti itu sekali lagi.

Dalam pemilihan lalu, Siti Mariah mendapat kedudukan ke-12 daripada 15 tempat yang dipertandingkan.

Kemudian tersebar khabar angin mengatakan exco Selangor terbabit bercadang mahu mengundurkan diri tetapi beliau kemudian menegaskan kesediaannya menggalas jawatan tersebut.

Untuk rekod sebelum ini berkhidmat sebagai anggota parlimen Kota Raja selama dua penggal.

Siti Mariah yang mendapat pendidikan sarjana muda perubatan di Mesir kemudian berpindah ke Puchong untuk PRU tahun lalu dan tempat beliau diisi Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Sumber memberitahu Malaysiakini, anggota Amanah boleh mengemukakan bantahan berhubung keputusan malam tadi dalam tempoh 10 hari.

Difahamkan semasa pemilihan malam tadi hanya 15 nama dicalonkan cawangan di kawasan Puchong. 

"Semua kepemimpinan Puchong dianggap menang tanpa bertanding," katanya.

Sementara itu Siti Mariah yang dihubungi Malaysiakini berhubung keputusan tersebut enggan memberikan komen.

"No comment, terima kasih," katanya melalui aplikasi WhatsApp.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS