Anwar kecam Pemuda Umno kerana tolak penubuhan IPCMC
Terjemahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Pemuda Umno Malaysia kerana menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Terjemahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Pemuda Umno Malaysia kerana menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Sambil menyifatkan tindakan Pemuda Umno itu sebagai "ekstrem", beliau berkata, sayap pemuda yang pernah dipimpinnya dahulu mestilah idealistik dan bukan melindungi perasuah dan penindas.
"Pemuda Umno tidak sepatutnya menolak cadangan itu. Sebagai wakil belia, mereka sepatutnya yang pertama menyokongnya. Saya pernah memimpin pergerakan itu dan kita sentiasa berada di barisan hadapan untuk menentang sebarang penindasan terhadap rakyat.
"Saya masih ingat skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finance), Pemuda Umno adalah antara yang pertama mendesak supaya siasatan bebas dijalankan terhadap perbuatan rasuah itu," katanya dalam satu sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur semalam.
S
ambil menyokong penubuhan IPCMC, Anwar yang pernah menjadi mangsa kekejaman polis berkata cadangan itu tepat pada masanya, memandangkan semakin banyak aduan diterima mengenai penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis.
"Suruhanjya tersebut sudah tentunya baik untuk mendengar isu tersebut secara terbuka dan bebas. Kita semua patut menyokongnnya," tambahnya.
Dalam hubungan itu, katanya, tiada sebab mengapa pasukan polis menolak keseluruhan cadangan tersebut.
Rancangan Malaysia Ke-9
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Anwar menyuarakan kekecewaannya kerana kerajaan gagal menangani isu akauntabiliti.
"Isu di sini ialah bukan dana, tetapi keyakinan pelabur. Malaysia akan hilang kelebihan dayasingnya kepada negara lain...bukan sahaja tumpuan sekarang menghala ke China dan India yang menjadi destinasi pelaburan...tetapi lebih dari itu, kerana isu akauntabiliti pentadbiran, rasuah, kroni, yang tidak ditangani," katanya.
Daripada melaksanakan pembaharuan, katanya, kerajaan memilih untuk terus "menyuap" rakyat Malaysia dengan agenda lapuk seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terbukti hanya mengkayakan kroni dan keluarga golongan yang memerintah sahaja.
Berikutan itu, katanya, keputusan mengenai ekonomi negara hanya dibuat oleh syarikat-syarikat yang tidak dipilih berdasarkan kepada meritnya.
Anwar turut menyentuh tentang kekurangan perhatian yang diberikan untuk meningkat kualiti pendidikan dan latihan pembangunan sumber manusia, iaitu kumpulan miskin dan yang terpinggir.
Beliau juga berkata, peruntukan untuk pendidikan sekolah rendah telah dikurangkan daripada RM5.3 bilion dalam rancangan sebelumnya, kepada RM4.8 bilion.
Yang kaya dan yang miskin
Menurutnya, kerajaan juga dilihat tidak menghiraukan pentingnya komitmen yang serius untuk menangani masalah kemiskinan sebagai satu masalah negara, dan bukannya membabitkan satu kaum sahaja.
Anwar juga mengkritik hasil laporan yang mengatakan pendapatan rakyat Malaysia keturunan India semakin baik dan kedudukan mereka lebih barik daripada orang Melayu.
"Statistik seumpama ini, boleh mengelirukan. Jika anda tidak memasukkan dalam perkiraan tiga individu India yang terkaya, maka anda akan dapati tahap kemiskinan dalam masyarakat India amat teruk sekali.
"Jika tiada komitmen serius untuk menangani isu-isu yang membabitkan masyarakat India nasib mereka yang hidup kemiskinan, faktor agama dan kebudayaan mereka saya nampak masalah besar akan timbul dari segi hubungan antara kaum di negara ini," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.