Mustapa cadang rombak IPT
Terjemahan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed mengumumkan rancangan untuk menyusun semula institusi pengajian tinggi tempatan bagi menaikkan kembali mutu dan kedudukan universiti di negara ini.
Terjemahan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed mengumumkan rancangan untuk menyusun semula institusi pengajian tinggi tempatan bagi menaikkan kembali mutu dan kedudukan universiti di negara ini.
Antara rancangan beliau ialah meminda beberapa bahagian dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, menubuhkan sistem penggredan bagi institusi pengajian tinggi (IPT), mengembangkang skim Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan mengumumkan laporan Zahid yang "dibekukan" sebelum ini.
Menurut menteri itu, pindaan Auku akan dilakukan pada tahun ini.
Akta Lembaga Akreditasi Nasional (LAN), Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan undang-undang lain yang berkaitan, juga akan dikaji semula.
"Pindaan undang-undang ini bertujuan menggalakkan pembangunan dan kemajuan sistem pengajian tinggi negara ini," katanya dalam sidang media selepas melawat ibupejabat LAN di Petaling Jaya.
Mustapa juga menyatakan, laporan Zahid yang telah disiapkan sejak sembilan bulan lalu akan diumum kepada umum hujung September depan.
Katanya, laporan itu telah dikemukakan ke kabinet dan akan dikemaskini dengan program dan sasaran bidang pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Laporan itu disediakan oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai bekas Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Wan Zahid Noordin yang menilai dan membuat cadangan mengenai reformasi institusi pengajian tinggi tempatan.
Suruhanjaya itu ditubuhkan pada Januari 2005 dan diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan laporannya. Berita asal

