Matthias Chang: Dokumen dengan Spura bukan lagi rahsia
Terjemahan Kerajaan tidak lagi boleh menggunakan 'kerahsiaan negara' untuk mengelak daripada menjelaskan sebab-sebab mengapa pembinaan jambatan bengkok ditangguhkan, kata seorang bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terjemahan Kerajaan tidak lagi boleh menggunakan 'kerahsiaan negara' untuk mengelak daripada menjelaskan sebab-sebab mengapa pembinaan jambatan bengkok ditangguhkan, kata seorang bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ini kerana Singapura telahpun menyiarkan dokumen yang diklafikasikan sebagai 'rahsia' dalam sebuah buku kecil Water Talks? If Only It Could yang diterbitkannya pada bulan Mac 2003 mengenai rundingan kedua belah pihak.
Dalam sidang akhbar selama dua jam semalam, Peguam Matthias Chang memberitahu Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya jangan mengugutnya dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Singapura telahpun menyiarkan kandungan dokumen yang diklafikasikan (rahsia) itu di sebelah pihak kita, semuanya bukan lagi di bawah OSA.
"Kerajaan sepatutnya menyiarkan semua dan beritahu rakyat kebenarannya," kata bekas Setiauasaha Politik Dr Mahathir itu. Hadir sama ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Zainur Zakaria.
"Tidak ada lagi alasan. Mesti telus. Berakauntabiliti. Dan bertanggungjawab. Selepas ini, terpulang kepada rakyat dan yang lain-lain untuk mencari kebenarannya," tambahnya.
'Cara tersembunyi'
Beliau memetik sepucuk surat mengenai kenyataan bekas Menteri Kanan dan kini Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengenai 'lapan perkara yang dipersetujui' dengan Dr Mahathir pada bulan Ogos 2000 di Putrajaya di mana Singapura sering menggunakan dalam rundingan berhubung perjanjian air.
"Saya akan tunjukkan kepada anda kelicikan dan cara tersembunyi mengemukakan bukti, oleh Lee dan kerajaan Singapura.
"Kita akan gunakan dokumen yang sama mereka gunakan, untuk mendedahkan pembohongan mereka bagi menunjukkan sikap memilih mereka dalam apa yang dipersetujui dan apa yang tidak dipersetujui," katanya.
Beliau menuntut supaya Lee, bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong dan Menteri Luar kedua-dua negara menjelaskan mengenai dokumen tersebut.
"Jika ia menguntungkan kita, maka mengapa tidak menggunakannya sekarang?" katanya.
Kenyataan Wisma Putra
Malam Isnin lalu, Duta Tugas-tugas Khasnya Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak telah mengeluarkan satu kenyataan kepada Bernama mengenai projek jambatan tersebut yang dikenakan 'embargo' hingga jam 1 pagi.
Menurut Chang, kenyataan tersebut telah mengesahkan perkara-perkara yang dibangkitkannya dalam sidang akhbar pada 18 April lalu.
Beliau juga menegaskan bahawa semua perkara yang telah dibangkit dan dipetiknya daripada dokumen-dokumen yang sama, kini tidak lagi terikat dengan OSA kerana Wisma Putra sendiri telah mendedahkannya.
Chang turut bertanya sama ada nasihat perundangan diperolehi semasa rundingan dan apakah perkara-perkara yang telah dipersetujui selepas soal pasir turut dimasukkan dalam rundingan-rundingan yang diadakan.
Katanya, ketika beliau diberi tugas menjaga kes tersebut, beliau telah menubuhkan sepasukan peguam tempatan dan pakar-pakar perundangan antarabangsa.
"Bilakah pandangan atau nasihat perundangan diperolehi dari Peguam Negara? QC atau peguam tempatan? Pada 2003? Pada 2004, selepas menerima nota diplomatik? Pada 2005? Pada 2006?.
"Jika tidak, mengapa? Jika iya, mengapa ini tidak didedahkan? Dan selepas diberi nasihat, mengapa kita teruskan pembinaan jambatan indah?" soalnya lagi.
"Dan jika ia tidak boleh dijalankan, seperti dakwaan Syed Hamid, mengapa beliau meneruskan rundingan?"
'Tidak cekap'
Chang juga bertanya sama adabnasihat Peguam Negara diperolehi sewaktu lima pusingan rundingan antara 7 September tahun lalu dan an 11 Mac tahun ini sepertimana yang disebut oleh Ahmad Fuzi.
Beliau turut menyindir pasukan perunding Malaysia yang didakwanya telah membiarkan diri mereka 'ditarik hidung' oleh Singapura, dan membidaskan Syed Hamid yang didakwanya tidak cekap.
Kenyataan itu sendiri, katanya, menjadi bukti jelas bahawa Malaysia tidak cekap dalam semua aspek dan berulang-ulangkali gagal menyaingi pasukan perunding Singapura.
"Malah, kenyataan tersebut telah menimbulkan lebih banyak persoalan dan gagal menangani isu-isu yang telah saya bangkitkan dalam sidang akhbar sebelum ini," katanya.
Beliau juga mendakwa bagaimana Singapura telah 'memperdaya' Malaysia dengan secara curi-curi memasukkan pendekatan 'pakej terhad" apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk membincangkan mengenai isu air, ruang udara, CPF, jambatan dan tanah KTM secara berasingan.
"Jambatan tersebut tidak pernah menjadi isu. Tindakan dolak-dalik Singapura mengenai perjanjian dua hala itu hanyalah bertujuan untuk mengheretkan sama isu-isu yang belum selesai, dalam rundingan berkenaan.
"Saya ingin tahu mengapa kerajaan bersetuju untuk memasukkan isu ruang udara dan bekalan air dalam rundingan itu, dan selepas itu terperangkap dalam pendekatan pakej terhad?" katanya.
Sambil memetik kenyataan Ahmad Fuzi, Chang berkata, selepas memegang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu setiap isu dipertimbang mengikut merit masing-masing.
"Pendekatan pakej yang digunakan sejak 10 tahun lalu tidak dipakai lagi, dan kedua belah pihak telah bersetuju untuk membincangkan isu jambatan yang tidak bermasalah, yang mana telah dipersetujui kecuali pembinaannya sahaja," katanya.
"Pasir adalah satu isu baru," kata Chang merujuk kepada kenyatan Ahmad Fuzi.
Beliau juga berkata, kerja menghentikan bekalan air untuk mengalih paip apabila jambatan itu dibina, tidak pernah menjadi satu isu keselamatan kepada Singapura pada 2001.
"Bagaimana pula secara tiba-tiba sahaja semua masalah ini timbul sekarang? Mereka telah gagal memperjelaskan semua ini," katanya.
Chang juga membidas sikap Singapura yang didakwanya 'bebas melakukan apa sahaja yang ia mahu' manakala Malaysia pula tidak boleh berbuat demikian. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.