Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ubah undang-undang p'raya bendung salah guna kuasa, sumber - Bersih

PRK KIMANIS | NGO reformasi pilihan raya, Bersih mengulangi gesaan pembaharuan undang-undang dalam menangani kesalahan pilihan raya.

"Undang-undang pilihan raya ketika ini tidak mencukupi untuk melindungi salah guna sumber dan kuasa negara.

"Bersih telah bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya (ERC) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencadangkan pindaan terhadap undang-undang yang akan menjadikan penyalahgunaan sebegitu sebagai kesalahan pilihan raya," katanya.

Bersih, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, berpandangan pengumuman baru-baru ini oleh kerajaan Sabah semasa pilihan raya kecil Kimanis boleh dianggap sebagai satu bentuk penyalahgunaan.

"Kepada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dan Menteri Pelancongan Mohamaddin Ketapi untuk mengumumkan pembangunan khas atau peruntukkan ketika kempen PRK, dalam pandangan kami, salah guna kuasa dan sumber negara.

"Ketika mana-mana pilihan raya, pertarungan adalah antara parti politik, bukan kerajaan melawan pembangkang.

"Untuk menggunakan sumber negara, yang mana ia duit pembayar cukai untuk memancing undi merupakan salah guna kuasa yang telah dimandatkan kepada mereka pada pilihan raya umum yang lalu," kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Terdahulu, hari ini Shafie berjanji untuk membina sebuah pejabat daerah baru di Bongawan yang berada di kawasan parlimen Kimanis.

Mohamaddin (gambar, bawah) juga mengumumkan akan mendapatkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada SMK Bongawan II untuk menaik taraf padang sukan dan sebuah dewan.

Menteri pelancongan yang juga MP Lahad Datu mempertahankan pengumuman tersebut, berkata beliau mempunyai tanggungjawab untuk membantu sebarang pengundi yang meminta pertolongannya tanpa mengira sama ada waktu pilihan raya atau tidak.

Bersih berkata parti politik pemerintah mesti membuat perbezaan yang jelas antara urusan parti dan hal ehwal negara.

"Sebagai kerajaan yang memerintah, tanggungjawab mereka untuk berkhidmat kepada semua rakyat Sabah sama ada mereka mengundi parti kerajaan atau pembangkang dan tiada pengundi yang patut diberi gambaran atau diancam bahawa mereka akan pinggirkan dalam menerima perkhidmatan kerajaan jika mereka mengundi pembangkang," katanya.

Kempen pilihan raya kecil Kimanis secara rasmi bermula pada 4 Januari dan pengundi akan mengundi pada 18 Jan.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pilihan raya Kimanis atas dasar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mematuhi prosedur pilihan raya.

Anifah Aman daripada Umno telah memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi pada pilihan raya umum lalu.

Beliau memperoleh 11,942 undi berbanding 11,786 undi kepada calon dari parti Warisan Karim Buang. Manakala, Jaafar Ismail daripada Harapan Rakyat, menerima 1,300 undi.

Anifah, yang telah keluar dari Umno untuk menjadi ahli parlimen bebas, memutuskan untuk tidak bertanding pilihan dalam raya kecil Kimanis. Umno diwakili oleh Mohamad Alamin, yang bertanding di bawah gabungan BN, sementara Karim sekali lagi mewakili Warisan.  

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS