Ahli Parlimen BN 'memberontak'
Terjemahan Dalam satu tindakan yang dianggap sebagai satu 'pemberontakan', ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mahu Datuk Shahrir Samad terus memimpin Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di samping menuntut diberikan lebih kuasa.
Terjemahan Dalam satu tindakan yang dianggap sebagai satu 'pemberontakan', ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mahu Datuk Shahrir Samad terus memimpin Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di samping menuntut diberikan lebih kuasa.
Setiausaha (BBC) Datuk Rosli Mat Hassan (BN-Dungun) memberitahu sidang akhbar di bangunan Parlimen bahawa peraturan yang menghalang ahli-ahli Parlimen kerajaan menyokong usul yang dibuat pembangkang patut dilonggarkan.
"Peraturan tidak bertulis yang menghendaki secara mandatori semua ahli Parlimen BN menentang usul pembangkang walau apapun meritnya adalah bertentangan dengan amalan asas Parlimen dan melanggar tugas-tugas ahli Parlimen," katanya.
Bagaimanapun katanya, para penyokong kerajaan mengiktiraf whip parti boleh mengarahkan ahli Parlimen mengundi selaras dengan kehendak parti apabila berkaitan dengan isu-isu serius dan penting sebagaimana diamalkan di Parlimen Britiain.
"Adalah menjadi tugas whip untuk memberitahu kami pada masa bila keputusan parti mesti diikuti. Tetapi jika tiada arahan dari whip, ahli-ahli Parlimen BN bebas mengundi mengikut pertimbangan mereka," tambah beliau.
Mengenai tindakan Shahrir pula, Rosli menegaskan ahli-ahli BBC tidak menerima peletakan jawatan Pengerusi Kelab BBC itu. Sebaliknya Shahrir akan dicalonkan semula untuk mengetuai kelab itu.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu meletak jawatannya dari BBC Jumaat lalu apabila apabila ahli-ahli Parlimen BN enggan menyertainya menyokong usul yang dibentang oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.
Peletakan jawatan Shahrir telah diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Tidak relevan'
Bagaimanapun, para penyokong kerajaan menegaskan adalah tidak relevan pihak lain yang menerima peletakan jawatan Shahrir kerana hanya ahli-ahli BBC sahaja yang berhak menerima atau menolak perletakan jawatan pengerusinya.
"Peletakan jawatan Shahrir ditolak oleh BBC. Orang lain mungkin menerimanya tetapi itu tidak relevan," kata Zaid Ibrahim (BN-Kota Bharu) dalam sidang media yang sama.
Berikutan tindakan Shahrir itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menegaskan, ahli Parlimen kerajaan memang dilarang menyokong usul pembangkang.
Kenyataan Nazri itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekembalinya daripada lawatan 10 hari ke Carribean dan Amerika Syarikat semalam.
Sementara itu Shahrir yang turut hadir dalam sidang media tersebut enggan memberikan jawapan pasti sama ada menarik balik peletakan jawatannya atau tidak.
"Saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya dan ia telah diterima. Tetapi rakan-rakan BBC kata saya tidak sepatutnya menghantar surat tersebut kepada whip kerana bukan whip yang melantik saya," katanya. Berita asal

