Forum awam mengenai hak Perlembagaan di Pulau Pinang diganggu
Terjemahan Selepas berjaya menganjurkan dua forum awam mengenai hak-hak perlembagaan di Petaling Jaya dan Melaka tanpa sebarang masalah, Article 11 sebuah gabungan pertubuhan masyarakat sivil terperanjat dan kecewa apabila forum anjuran mereka di Pulau Pinang dipaksa ditamatkan lebih awal.
Terjemahan Selepas berjaya menganjurkan dua forum awam mengenai hak-hak perlembagaan di Petaling Jaya dan Melaka tanpa sebarang masalah, Article 11 sebuah gabungan pertubuhan masyarakat sivil terperanjat dan kecewa apabila forum anjuran mereka di Pulau Pinang dipaksa ditamatkan lebih awal.
Ia berlaku selepas beratus-ratus orang berhimpun di situ melaungkan slogan yang provokatif di seberang jalan Hotel Cititel, Pulau Pinang, tempat forum tersebut yang diadakan.
Kempen tersebut dilancarkan pada 13 Mac lalu di Petaling Jaya dengan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta mengadakan kempen mengutip tandatangan.
Pihak penganjur telah mengadakan sidang akhbar selama 30 minit sejurus selepas pihak polis mengarahkan mereka menamatkan forum tersebut.
Beberapa peserta tempatan mendakwa melihat beberapa penyokong Umno dan PAS di antara mereka yang berkumpul di situ yang kemudian menjadi agresif.
Risalah diedarkan
Bantahan tersebut, dipercayai membabitkan badan Islam bukan kerajaan (NGO), membawa poster dan melaungkan slogan provokatif, seperti IFC Rampas Kuasa Raja-Raja, IFC = Zionis dan IFC Angkara Zionis.
Yang lainnya berbunyi Perangi Islam Liberal, Jangan menghina Islam dan Jangan hina undang-undang Allah.
Menurut beberapa saksi, risalah membantah penubuhan suruhanjaya antara agama (IFC) satu cadangan yang telah ditangguhkan oleh Perdana Menteri turut diedarkan kepada orang ramai di situ.
Awal tahun, sekumpulan NGO Islam menuntut Perdana Menteri supaya menolak cadangan penubuhan suruhanjaya antara agama itu kerana bimbang ia akan menggalakan perbuatan murtad di kalangan orang Islam.
Antara penentang kuat penubuhan suruhanjaya tersebut ialah Persekutuan Jawatankuasa Penyelaras NGO Islam (Accin). Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.