story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) menggesa kerajaan negeri Selangor supaya memulihkan kawasan yang merosot di Hutan Simpan Kuala Langat (Utara) dan bukannya 'menggondolkannya'.

Presiden MNS, Ahmad Ismail memberitahu Malaysiakini, hutan yang rosak akibat kebakaran masih boleh dipulihara.

Beliau menegaskan hutan gambut Kuala Langat mempunyai ciri-ciri unik yang wajib dilindungi.

“Sekiranya (kualiti) hutan rizab merosot, ia menunjukkan bahawa kita tidak melindungi hutan rizab kita dan orang ramai tidak dididik mengenai kepentingan hutan rizab.

“Hutan gambut rizab Kuala Langat ini tiada galang gantinya. Ia perlu ada selama-lamanya dan berkhidmat kepada penduduk tempatan,” katanya.

Ahmad mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa kerajaan bercadang untuk menjadikan hutan itu sebagai zon pembangunan bercampur.


Antaranya, Amirudin pada 20 Feb lalu, mendakwa cadangan pemansuhan status hutan simpan di Kuala Langat Utara dibuat kerana 40 peratus kawasan itu sudah menjadi hutan rosot dan untuk mengelakkan kegiatan pembakaran hutan secara haram berulang.

Amirudin berjanji untuk menjadikan hutan-hutan lain sebagai rizab dan mengekalkan 30 peratus tanah di Selangor sebagai hutan simpan.

Menurut masyarakat Orang Asli tempatan, Hutan Simpan Kuala Langat (Utara) merupakan habitat beberapa haiwan terancam, yang tidak disebutkan mereka kerana bimbang akan menggalakkan pemburuan haram.

Walau bagaimanapun, tanah itu terletak di lokasi yang strategik untuk perniagaan. Ia berada di barat Cyberjaya dan agak berdekatan dengan KLIA.

Dalam pada itu, Amirudin tidak menjelaskan tujuan kegunaan tanah tersebut. 

Satu laporan oleh akhbar Straits Times Singapura mencadangkan kemungkinan pihak istana menjadi antara salah satu pemaju tanah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS