Laporan polis terhadap SPR berhubung senarai pengundi
Terjemahan Badan Pemantau Pilihanraya Adil dan Bebas(Mafrel) hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung dakwaan wujudnya kekeliruan berhubung tarikh pengesahan senarai pengundi yang akan digunakan dalam pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.
Terjemahan Badan Pemantau Pilihanraya Adil dan Bebas(Mafrel) hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung dakwaan wujudnya kekeliruan berhubung tarikh pengesahan senarai pengundi yang akan digunakan dalam pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.
Pengerusi Mafrel, Abdul Malek Hussein membuat laporan tersebut di balai polis pusat Kuching. Beliau mendakwa terdapat dua tarikh yang bercanggah mengenai pengesahan senarai pengundi tersebut.
Beliau mendakwa, ini mungkin melanggar Peraturan 9 (Pendaftaran Pemilih) Pilihanraya 2002 yang menyatakan SPR mesti memutuskan senarai pemilih yang disahkan sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk digunakan dalam pilihanraya umum'.
Katanya, undang-undang itu dengan jelas menyatakan hanya mesti ada satu senarai pengundi yang disahkan untuk digunakan para hari pembuangan undi.
"Bila ada dua tarikh yang berbeza, maka ia memberi gambaran terdapat dua senarai pemilih. Ini memerlukan satu siasatan terperinci," kata Malek ketika ditemui.
Isu kepentingan awam
Dalam laporan polis tersebut, Malek mendakwa sejak pembubaran DUN, pihak SPR telah mengedarkan senarai pengundi yang ditandatangani Ketua Pendaftar suruhanjaya tersebut, Kamaruzaman Mohd Nor dan disahkan pada 7 Mac 2006.
Senarai tersebut telah digunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan penamaan calon dan Mafrel turut membelinya untuk aktiviti pemantauannya.
Malek mendakwa kekeliruan itu terjadi pada 13 Mei 2006 apabila SPR mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa senarai pengundi yang disahkan pada 16 Mac 2006 dan dimuktamadkan pada 24 Mei 2004, akan digunakan pada hari pengundian nanti.
Bagaimanapun, katanya, Mafrel tidak mendapatkan penjelasan SPR mengenai perkara tersebut.
"Kami membuat laporan ini kerana ianya adalah perkara yang berkaitan dengan kepentingan awam. Saya fikir lebih baik kita menyiasat perkara ini," katanya. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.