Bomoh, tak mati ditelan zaman
Ilmu pembomohan sangat kompleks. Ia mencakupi pelbagai kaedah rawatan, jampi serapah, pantang larang serta elemen-elemen 'sahabat' atau 'khadam' yang antaranya membabit hubungan manusia dengan jin atau makhluk halus.
Ilmu pembomohan sangat kompleks. Ia mencakupi pelbagai kaedah rawatan, jampi serapah, pantang larang serta elemen-elemen 'sahabat' atau 'khadam' yang antaranya membabit hubungan manusia dengan jin atau makhluk halus.
Lain bomoh, lain caranya, berbeza pantang larang serta pengerasnya. Lain perguruan, lainlah teknik dan menteranya. Hanya bomoh berkenaan yang tahu asal usul dan sebab musabab di sebalik misteri dan rahsia ilmu pembomohannya.
Namun walaupun ilmu dan modus operandi mereka berbeza, matlamatnya sama, iaitu untuk menyembuhkan pesakit atau mencapai hajat mereka yang menggunakan khidmat mereka.
Ilmu pembomohan sangat kompleks. Ia mencakupi pelbagai kaedah rawatan, jampi serapah, pantang larang serta elemen-elemen 'sahabat' atau 'khadam' yang antaranya membabit hubungan manusia dengan jin atau makhluk halus.
Dalam dunia pembomohan ini, ada beberapa perkara dan barangan tertentu yang tidak dapat dielakkan penggunaannya. Selain jampi serapah yang kerap kali turut menggunakan potongan ayat al-Quran, selawat dan pujian-pujian kepada sahabat-sahabat Rasulallah, barangan yang sering diminta ialah kemeyan, buah limau, bunga, garam, air, telur, lada hitam dan beras kunyit.
Kadang kala ini membabitkan barangan kotor atau merbahaya seperti jarum, miang rebung, ayam jantan, darah dan sebagainya. Biasanya barangan seperti ini dikaitkan dengan 'ilmu hitam atau bomoh hitam'.
Suatu yang pasti diminta oleh semua bomoh, pawang atau dukun ialah 'pengeras'. Pengeras boleh diibaratkan sebagai upah atau ganjaran kerana menggunakan khidmat bomoh berkenaan.
Pengeras sangat penting kerana kononnya tanpa pengeras, sesuatu rawqatan atau amalan itu tidak akan mencapai matlamatnya. Pengeras boleh diberi dalam pelbagai bentuk mengikut kemahuan bomoh berkenaan. Pada zaman moden ini lazimnya pengeras yang paling popular dan paling 'mujarab' ialah 'RM'.
Namun ada juga bomoh atau dukun yang sekadar meminta pulut kuning, seekor ayam kampung atau segulung kain putih!
Apa yang diminta lazimnya bergantung kepada apa jenis penyakit yang dihidapi atau apa yang dihajatkan oleh 'pesakit' atau amalan bomoh berkenaan. Tiada yang pasti, semuanya bergantung pada 'ilmu' yang ada pada dukun, pawang atau bomoh tersebut.
Ada bomoh yang menggunakan bacaan ayat-ayat tertentu yang dipetik dari al Quran dan sesetengah bomoh mempunyai mentera yang tersendiri. Bomoh politik mungkin berbeza mentera dan kaedah pengubatan dari bomoh artis atau bomoh nombor ekor.
Menurut bomoh terkenal di ibunegara, Awang Mohd Yahya mengubat orang politik tidak sama dengan orang yang terkena penyakit lain kerana orang politik sihat walafiat tetapi mahu kelihatan baik, berwibawa dan dipercayai oleh masyarakat.
Katanya, untuk itu beliau menggunakan ayat tertentu untuk menjadikan orang politik yang mendapat rawatannya mendapat ciri-ciri yang dikehendaki mereka.
Air,gambar dan limau
"Saya menggunakan bacaan tertentu untuk menjadikan mereka lebih menarik dan berwibawa apabila dipandang orang terutama semasa musim pemilihan parti atau dalam pilihanraya umum. Ayat ini tidak diketahui sesiapapun termasuk orang politik berkenaan.
"Selain itu, saya menggunakan gambar penuh yang digunakan untuk memuja hati atau roh supaya sesiapa yang melihatnya akan cepat kasihan atau tertarik," kata Awang ketika ditemui di pejabatnya di Pandan Indah, baru-baru ini.
Menurut Awang beliau menggunakan gambar penuh kerana ia lebih berkesan dan kesannya dapat dilihat dalam masa singkat - beberapa hari selepas dilakukan.
Beliau berkata, selain itu barangan lain yang diperlukan ialah limau kasturi kerana airnya akan dicampur untuk dijadikan air mandian kepada orang yang mendapatkan rawatan itu.
"Mandi dengan menggunakan air campuran dari limau kasturi yang dibaca dengan ayat tertentu akan menjadikan tubuh wangi dan sesiapa yang melihatnya akan tertarik," katanya lagi.
Awang berkata, tidak ada pantang kepada orang yang menggunakan rawatan ini melainkan pemakainya tidak boleh berlagak sombong atau membangga diri sendiri.
Katanya, jika melanggar pantang larang sedikit demi sedikit ilmu itu menjadi tawar dan akhirnya ia tidak berkesan lagi.
"Bagaimanapun, ia boleh dipulihkan semula dengan melakukan rawatan ulangan dan mematuhi segala pantang larang yang ditetapkan," katanya lagi.
Sementara itu, seorang bomoh tradisional Melayu yang enggan dikenali mendakwa sesetengah bomoh menggunakan jin, hantu dan makhluk halus untuk membantu menunaikan hajat orang politik.
"Kaedah menggunakan 'pendamping' ini selalunya lebih tinggi kosnya kerana bomoh-bomoh berkenaan selalunya mendakwa teknik ini lebih berkesan,"ujarnya.
Dan pastinyalah pengeras untuk penyakit orang politik segumpal RM. Kononnya, lagi tinggi nilai RM nya, lagi mujarab rawatan berkenaan. Wallahhualam.....
Begitulah, walaupun dunia semakin canggih dan manusia bercakap mengenai globalisasi, bidang pembomohan tetap tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Malah ia dikomersialkan sehingga menjadi satu perniagaan yang lumayan!

