Peguam: Projek banglo ekslusif di Bkt Gasing tidak boleh diteruskan
Terjemahan Syarikat pemaju projek banglo ekslusif di lereng Bukit Gasing dekat Gasing Heights dan Gasing Indah, tidak boleh meneruskan projek tersebut kerana tempoh perintah pembangunannya sudah luput, kata seorang peguam.
Terjemahan Syarikat pemaju projek banglo ekslusif di lereng Bukit Gasing dekat Gasing Heights dan Gasing Indah, tidak boleh meneruskan projek tersebut kerana tempoh perintah pembangunannya sudah luput, kata seorang peguam.
"Mereka tidak lagi mempunyai hak perundangan untuk memajukannya," kata peguam Derek Fernandez.
Beliau merupakan pakar mengenai undang-undang perancangan yang menyediakan bantuan nasihat guaman kepada beberapa persatuan penduduk di Petaling Jaya.
Perintah pembangunan itu, katanya, biasanya luput jika kerja-kerja pembinaan tidak dimulakan dalam tempoh dua tahun selepas perintah itu dikeluarkan, sepertimana yang dinyatakan dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.
Pengarah Gasing Sanctuary, Richard See tidak dapat dihubungi walaupun beberapa kali mencubanya.
Fernandez yakin DBKL tidak akan meluluskan projek tersebut, terutamanya berikutan adanya satu permohonan dibuat untuk menambah plot banglo di situ sebanyak dua kali ganda.
"DBKL tidak boleh meluluskan cadangan Sanctuary Gasing itu kerana kawasan tersebut telah dizonkan di bawah Pelan Struktur KL sebagai 'kawasan stabil' yang hanya membenarkan pembangunan minima seperti taman rekreasi atau eko-pelancongan.
"Tidak mungkin datuk bandar akan membuat keputusan yang bercanggah dengan pendirian awalnya. Beliau mengesahkan projek pembangunan tidak dibenar dijalankan di situ," katanya, merujuk kepada satu perjumpaan antara penduduk PJ dengan Datuk Bandar Ruslin Hasan September lalu, mengenai isu pewartaan kawasan sebelah KL sebagai kawasan hijau.
Memandangkan sebuah tangki air besar dengan kemampuan menyimpan 21 juta gelen telah dibina di atas puncak bukit di situ pada 1998 dan berlaknya beberapa kejadian tanah runtuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Fernandez berkata, penduduk di situ bimbang berlaku tragedi yang lebih buruk daripada peristiwa Highland Towers.
"Banyak perubahan telah berlaku sejak usaha pertama untuk memajukan kawasan tersebut dibuat 10 tahun lalu. Jika semua cadangan itu dipertimbangkan, maka langkah yang lebih ketat perlu diambil," katanya.
Semak semula cadangan
Cadangan terbaru itu merupakan percubaan kali ketiga syarikat pemaju berkenaan, yang dikenali sebagai Sanctuary Gasing, selepas beberapa kali menukar nama, untuk menjual plot-plot invididu di lereng Bukit Gasing di sebelah Kuala Lumpur.
Fernandez berkata, percubaan pertama untuk memajukan kawasan (yang dianggarkan seluas antara 32 hingga 42 ekar) ialah pada 1996 apabila Gasing Heights mengemukakan cadangan untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur.
Ini akhirnya telah ditolak oleh DBKL selepas satu sesi siasatan awam diadakan.
Tiga tahun kemudiannya, pemaju berkenaan, kini dikenali sebagai Gasing Meridian, mencuba lagi dan mengemukakan cadangan untuk menyediakan 82 plot banglo dan diberi kelulusan perintah pembangunan dua fasa, bersama syarat-syarat yang ketat.
"Gasing Meridian memohon mendapatkan perintah pembangunan satu fasa, tetapi ia ditolak oleh DBKL. Ia kemudiannya membuat rayuan.
"Di mahkamah tinggi, pihak pemaju memohon perintah untuk mendapatkan pampasan bagi pengambilalihan tanah yang didakwanya kesan daripada perintah dua fasa itu," katanya.
Rayuan tersebut ditolak dan Mahkamah Rayuan juga mengekalkan keputusan tersebut.
Sejak itu, pemaju berkenaan didapati berusaha untuk menjual hartanah berkenaan, berdasarkan kepada laporan mengenai lelongan awam dan iklan jualannya.
Tawaran untuk dijual
Sebuah iklan disiarkan pada bulan Julai 2004 dalam lamanweb Malaysia Real Estate yang menawarkan 67 lot atau 32 hektar "tanah banglo Bukit Gasing" dengan harga RM150 satu kaki persegi.
Harga bagi hartanah yang disifatkan sebagai "Jualan untuk Tanah Ekslusif dan Prima PJ/KL" itu ditetapkan pada RM68.
Pada bulan Mei tahun lalu, 71 lot ditawarkan dalam lelongan awam oleh Ambank Bhd.
Property Times, dalam akhbar New Straits Times, melaporkan dalam isu 19 November 2005 mengenai empat hari lelongan awam "71 plot tanah kosong tapak banglo pegangan bebas yang terletak di Bukit Gasing sebelah Kuala Lumpur".
Menurut khabar angin, projek tersebut dikatakan sepatutnya dilancarkan sebagai skim banglo eklusif berpagar dan berjaga yang dikenali sebagai "Sanctuary Ridge" dengan harganya RM2.6 juta hingga RM6.3 juga setiap tapak.
Fernandez mengesahkan perkara itu sambil berkata, lot-lot tersebut sudah lapan tahun berada di pasaran tetapi gagal mendapatkan pembelinya kerana perkara-perkara yang belum selesai.
"Mereka berhutang sebanyak RM40 juta kepada pihak bank dan terdesak untuk menjual secara melelongkannya.
Terlalu curam
"Tetapi kerja memajukan tanah itu pastinya akan mengakibatkan berlaku banjir dan tanah runtuh. Kajian geologi oleh Universiti Malaya mendapat bukit tersebut tidak sesuai untuk pembangunan kerana komposisi batu syal dan batu pasir yang menyebabkan mudah berlakunya tanah runtuh dan hakisan tanah," katanya.
Menurut Fernandez lagi, garispanduan persekutuan mengenai pembangunan di lereng bukit menyebut, kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) diwajibkan bagi kawasan cerun antara 26-35 darjah.
"Apabila cerun melebihi 35 darjah, maka pembangunan, termasuk kerja pembersihan tanah dilarang sama sekali.
"Dalam kes ini, ia bermakna anda tidak boleh membina apa-apa juga kerana ia aka mengakibatkan pergerakan tanah yang kemudiannya mengakibatkan keretakan pada asas tapak tangki air berkenaan.
"Jika ia diteruskan, kita bakal menyaksikan satu lagi eposid Towers episode."
Minggu lalu, wakil daripada persatuan penduduk di tiga Condominium Gasing dan kawasan perumahan berhampiran telah menyuarakan kebimbangan mengenai "rahsia" pembangunan yang mereka dakwa boleh mengakibatkan berlaku tragedi. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.