Samy, ini 'bukti'nya...
Terjemahan Malaysiakini telah memperolehi rakaman audio yang mengandungi kenyataan kontroversi yang didakwa dibuat oleh Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengabaikan masyarakat India di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).
Terjemahan Malaysiakini telah memperolehi rakaman audio yang mengandungi kenyataan kontroversi yang didakwa dibuat oleh Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengabaikan masyarakat India di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).
Difahamkan, salinan rakaman tersebut kini tersebar luas. Klik di sini untuk mendengar petikan rakaman .
Pada 17 Mei lalu, dua akhbar berbahasa Tamil Malaysian Nanban dan Makkal Osai telah mencetuskan kemarahan Samy Vellu apabila kedua-duanya melaporkan petikan kenyataan tersebut yang didakwa dibuat oleh presiden MIC itu di konvensyen MIC Johor pada malam sebelumnya, bahawa Dr Mahathir tidak mengotai janjinya dalam RMK8 untuk masyarakat India.
Berikutan itu, Samy Vellu mengecam kedua-dua akhbar tersebut dan memberitahu malaysiakini bahawa mereka sengaja memutarbelitkan ucapannya untuk memenuhi agenda Timbalan Presiden, Datuk S Subramaniam.
Menurutnya lagi, Dr Mahathir telah begitu banyak membantu masyarakat India sewaktu 22 tahun menerajui pentadbiran negara dan hanya 'orang bodoh' sahaja yang akan menidakkannya.
Kemudiannya, Samy Vellu dilaporkan berkata, apa yang dikatanya ialah bekas Perdana Menteri itu telah menggariskan rancangan untuk membantu masyarakat India, tetapi ia tidak dilaksanakan oleh orang bawahan.
Di mana buktinya?
Bagaimanapun, kedua-dua akhbar berkenaan telah mempertahankan laporan mereka, dan mendakwa mempunyai bukti bahawa Samy Vellu dikatakan berkata: "Di mana rakamannya...mainkan. Apabila saya tidak mengatakan semua itu, bagaimana anda hendak tunjukkan rakamannya. Jika ada orang yang menyamar menjadi saya, maka itu perkara lain."
Berikutan, para penyokong Presiden MIC yang marah dengan laporan tersebut telah bertindak membakar naskah kedua-dua akhbar berkenaan. Akhbar berkenaan juga mendakwa telah menerima ugutan melalui panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.
Subramanim yang hampir setiap hari menjadi sasaran Presiden MIC itu, juga menafikan beliau terbabit dalam laporan kontroversi tersebut.
Samy Vellu telah mendakwa timbalannya telah
main kotor
kerana beliau telah menamakan Naib Presiden Datuk G Palanivel (kiri) sebagai calon pilihannya bagi jawatan nombor dua parti dalam pemilihan parti pada 24 Jun depan. Subramaniam telah menafikannya.
Minggu lalu, Dr Mahathir telah memberitahu pemberita yang Samy Vellu telah memaklumkan kepadanya yang beliau tidak pernah berkata "perkara tersebut" dan beliau (Dr Mahathir) mempercayainya .
'Tidak dapat apa'
Sementara itu, rakaman audio yang dikatakan ucapan Samy Vellu di konvensyen MIC Johor itu menyebut beliau sebagai berkata dalam bahasa Tamil bahawa "Di bawah RMK8, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 'memberitahu' (tidak disebut kepada siapa) bahawa beliau berkata 'Saya akan bagi ini dan itu (kepada masyarakat India)."
"Tetapi pada akhirnya, 'Nehi' ....dalam bahasa Hindi ianya bermaksud tidak...ia tidak diberi".
Sebelum itu, beliau memberitahu para perwakilan bahawa "banyak yang diminta" oleh MIC dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang diumumkan tahun ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju terhadap permintaan tersebut.
Samy Vellu juga berkata, atas permohonan MIC, Perdana Menteri telah menugaskan seorang pegawai India Malaysia yang "berkelayakan dan berpengalaman" untuk memastikan semua janji-janji tersebut ditunaikan.
Rakaman selama 2.27 minit itu adalah petikan daripada ucapan penuh Presiden MIC itu.
Malaysiakini juga telah menyemak dengan Malaysia Nanban sama ada rakaman tersebut daripada ucapan Presiden di konvensyen berkenaan dan editornya M Rajan telah mengesahkannya.
Satu salinan rakaman tersebut juga telah dihantar kepada Setiausaha Akhbar Samy Vellu E Sivabalan melalui emel Sabtu lalu untuk komen. Bagaimanapun, belum ada sebarang respons daripada mana-mana pegawai (Samy Vellu).
Minggu lalu, akhbar Tamil Nanban dan Makkal Osai melaporkan yang mereka telah menerima notis guaman dari peguam Presiden MIC itu menuntut supaya mereka menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf.
Bagaimanapun, kedua-dua akhbar berkenaan enggan berbuat demikian. Berita asal

