Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
S'pura sumbang 5,000 kit saringan kepada Malaysia
Diterbitkan:  Apr 1, 2020 8:55 PM
Dikemaskini: 12:57 PM

Kerajaan Singapura menyumbangkan 5,000 kit saringan ke Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan di halaman Facebook rasminya, Suruhanjaya Tinggi Singapura berkata Malaysia telah menghubungi negara jirannya itu meminta kit sapuan medium pengangkutan universal (UTM) untuk membantu menambah stoknya.

"Atas semangat semangat persahabatan dan kerjasama antara negara dan rakyat kami, kerajaan Singapura telah menawarkan untuk menyumbangkan 5,000 kit saringan UTM ke Malaysia, dan Malaysia telah menerimanya," kata kenyataan itu.

Kit saringan itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura Vanu Gopala Menon kepada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan kit saringan itu akan dihantar ke Makmal Kesihatan Amam Kebangsaan di Sungai Buloh terlebih dahulu sebelum diedarkan ke klinik dan hospital seluruh negara.

Kit saringan Covid-19 biasanya mengandungi satu atau dua sapuan (swab) untuk mengambil sampel dari dalam hidung dan tekak pesakit.

Ia juga termasuk tiub kecil yang mengandungi bahan kimia tertentu untuk mengekalkan sampel sementara menunggu ujian dijalankan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS