IPCMC: Semua anggota Parlimen diminta sokong PM
Terjemahan Semua anggota Parlimen, penyokong kerajaan dan pembangkang digesa menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dalam sidang parlimen yang akan disambung semula pada 24 Jun ini.
Terjemahan Semua anggota Parlimen, penyokong kerajaan dan pembangkang digesa menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dalam sidang parlimen yang akan disambung semula pada 24 Jun ini.
Ketua Pembangkang Lim Kit Siang berkata, sokongan mesti diberikan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat melaksanakan cadangan tersebut.
Dalam kenyataannya, Lim juga meminta ahli Parlimen bertindak terhadap tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar yang secara terbuka membantah cadangan penubuhan IPCMC itu.
" Semua anggota Parlimen juga perlu mengecam tindakan polis menolak cadangan penubuhan IPCMC secara keras di dalam laman web mereka,"ujarnya.
Malaysiakini baru-baru ini mendedahkan 'ancaman' pihak polis terhadap kerajaan jika syor penubuhan IPCMC itu ditubuhkan. Bantahan dan 'ancaman' itu diterbitkan dalam buletin dalaman polis yang kemudiannya disiarkan dalam laman web rasminya.
Antara 'ancaman' itu ialah polis mahu mengundi pembangkang dalamm pilihanraya akan datang dan membiarkan kejadian jenayah berleluasa.
Lim berkata, seluruh negara tahu pasukan polis serta beberapa anggota Parlimen Umno membantah penubuhan IPCMC itu
"Adalah memalukan jika Perdana Menteri hanya mendapat sokongan penuh dari anggota Parlimken DAP berbanding sokongan dari anggota Parlimen kerajaan berhubung penubuhan badan tersebut,"ujarnya.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga mempersoalkan mengapa Peguam Negara, Datuk Abdul Gani Patail mengambil masa begitu lama untuk merangka cadangan perundangan penubuhan IPCMC untuk dikemukakan kepada Parlimen.
"Peguam Negara akan menghadapi tindakan dari Parlimen jika dia terus melengah-lengahkan tugas merangka perundangan yang dikehendaki itu," tegasnya.
Lim juga mengingatkan Abdul Gani jangan sekali-kali berniat untuk mencadangkan supaya cadangan IPCMC dibatalkian. Berita asal

